Jumaat, 18 Februari 2011

Berbaloi ke dapat anak ramai?


Menurut wanita berusia 60 tahun dan bergelar ibu tunggal itu,suaminya pergi menemui Ilahi sewaktu dia berusia 35 tahun.Semenjak itu,bermulalah rutinnya menggalas segala tanggungjawab yang ditinggalkan suami.Oleh kerana tiada berpelajaran,wanita itu terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan.Di sebelah pagi,dia mengambil upah  mencuci pakaian dan mengemas di rumah orang,manakala disebelah petang,mencuci pinggan di restoran dan di sebelah malam pula,mengambil upah menjahit baju.



Semua tempahan baju, saya jahit menggunakan tangan kerana tidak mampu membeli mesin jahit.Saya hanya dapat berehat dua jam sahaja sehari,itupun disebelah malam waktu tidur.Masa selebihnya,saya gunakan untuk mencari wang.Adakalanya,saya tidak tidur kerana terpaksa menyiapkan tempahan baju,lebih-lebih lagi apabila tiba musim perayaan.Tambah wanita itu lagi,oleh kerana terlalu banyak tempahan baju yang diterima,hujung jarinya pernah mengalami luka yang teruk hingga membuatkan dia tidak dapat bekerja selama seminggu.

Ketika itu, hidup kami memang perit.Bayangkanlah berapa banyak sangat pakaian dan pinggan mangkuk yang boleh dicuci.Upahnya pula hanya lima ringgit sehari.Saya terpaksa mencatu makanan dan memasakkan kanji setiap hari untuk mengisi perut anak-anak.Saya aturkan jadual,jadual makan untuk lima orang anak sebelah tengahari,manakala untuk empat orang lagi di sebelah malam.bagi anak-anak yang lebih dewasa perlulah mengutamakan adik-adiknya.Mujurlah semua anak-anak memahami kesusahan ibunya,kata wanita itu sambil mengesat air mata yang mula merembes keluar.

Meskipun terpaksa mengharungi keperitan hidup dan ada kalanya dia sendiri terpaksa berpuasa demi mengisi perut anak-anak namun dia tegar.Baginya,makan minum dan pelajaran anak-anak perlu diutamakan.Meskipun buta huruf, namun setiap malam,sambil menjahit tempahan pakaian, dia tidak pernah lepas menemani anak-anaknya sepanjang mengulang kaji pelajaran sehinggakan dia sendiri kini sudah pandai menulis dan membaca.

Kini hasil penat lelahnya mendidik dan membesarkan anak-anak tertebus apabila tiga daripada anak lelakinya berjaya bergelar doktor,dua orang anak perempuan bergelar jurutera,dua orang anak perempuan bergelar peguam dan dua orang anak lelaki bergelar pensyarah.

Wanita ini telah mendapat anugerah ibu cemerlang yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan,dan cerita ini diambil dari sebuah majalah wanita yang popular.


Apa pendapat anda semua bila dah baca cerita ini?.Rasa-rasa mampu tak menjadi seperti beliau?Bagi diri Ct sendiri memang susah nak ikut caranya...Tapi walau apapun,bagi seorang ibu, akan melakukan perkara yang terbaik untuk anak merekakan.Semoga anda semua mendapat iktibar dari pengalaman wanita ini.

5 ulasan:

Unknown berkata...

memang berbaloi-baloi...

Nur berkata...

Memang boleh jadi contoh ni. Hmmm.. saya baru 3 anak, dah camni. Kena lebih kuat.

ct N honey berkata...

@Yati

ye betul....cyaiyok...cyaiyok...

Tanpa Nama berkata...

Salam..pengorbanan yang tidak sia-sia..tbhnya beliau semoga dpt mencontohi beliau

Tanpa Nama berkata...

ibu akan bt ape shj tuk bg yg terbaik tuk anak mrk...biar dr sendiri x ckp mkn n tido janji anak2 dpt pljrn n mkn yg ckp...2 yg penting...