Rabu, 23 Februari 2011

Rumah kena conteng

Lukisan raksaksa Arif



Digimon Saver


Lukisan Naim masa umur 5 tahun


Arif punya


Tak sempat nak buat kaki lagi satu


Raksaksa lawan Ultraman

Sebenarnya tajuk hari ini tak berhubung kait pun dengan Along si ceti haram tu,jangan salah faham.Bila duduk sambil bermain dengan sikecil Fahkrul tadi baru Ct perasan,ruang tamu rumah ni dah macam sekolah tadika pula jadinya.Macam-macam yang ditulis dan dilukis oleh hero-hero Ct ni.Ini cuma sebahagian aje,yang sempat Ct ambil gambarnya.Sejak kebelakangan ini makin bertambah pula lukisan didinding.Bila lah nak cat semula.Bila tanya suami,dia kata tunggu anak dah besar.Kalau macam tu lah,alamat kena tunggu 6 tahun lagi lah.Sebab Fahkrul sekarang ni baru 3 bulan.

Anak Ct memang suka melukis terutama sekali anak no.4(arif).Pencil dan kertas memang selalu dipegang.Dalam seminggu entah berapa batang pencil kena sediakan untuk dia dan anak-anak Ct yang lain.Bila dah boring melukis pencil pun tak tahu di letakkan dimana.

Kalau yang no.3 pula asyik hilang pemadam,pencil,pengasah pencil disekolah.Agaknya anak Ct ni memang cuai ke ataupun semua ibu-ibu diluar sana pun mengalami masalah yang sama.Serba salah dibuatnya.

9 ulasan:

Cma Shiema berkata...

he3...cumel skali lukisan tu...
suka conteng dinding ye..samelah kite..

ngee..
cma de tag ct utk ga..senag2 join ye..macih..

http://shiemacma.blogspot.com/2011/02/1st-give-away-by-deekuntum.html

ct N honey berkata...

@Cma Shiema
nanti kalau menang boleh belanja

ermayana a.k.a mrs mahzan berkata...

hehe..ni lg pro nampaknya...salam kenal

mekchu berkata...

wall deco baru.. hehehe.. nmpk gaya mmg ada bakat budak2 tu.. serius, mekchu pun tak pandai nak lukis gmbr raksaksa.. yg kelakar kaki sebelah x sempat lukis.. hahaha.. kena marah kot masa tu..

ct N honey berkata...

@mekchu
lari.......ibu dah nampak..

ct N honey berkata...

@ermayana a.k.a mrs mahzan
nak dimarah lebih-lebih tak boleh,sebab bukan senang nak dapat skill melukis ni

Sapika! berkata...

ada bakat melukis tu..

Yati berkata...

Cantik anak ct lukis. Raksasa ada rupa raksasa. Sama la dengan rumah Yati, tak tau bila nak cat. Tunggu si bongsu besor lagi sikit. Tapi segan bila orang datang, rumah kita banyak artwork kat dinding. Hehhe..
Sama je ct. Anak Yati pun, pensil warna dia, dulu lengkap. Hari ni balik, merah hilang, esok balik sekolah, hitam pula hilang. Yang sulong tu dok kerja beli eraser je. Ambik dek orang katanya. Hmmm....

ct N honey berkata...

@Yati
ye lah,malu bila org dtg rmh,tengok dinding rmh cam tu,setiap minggu mmg kena beli ajelah brg yg hilang tu,nanti tak beli susah pula dia nak belajarkan.apa nak buat.....

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/