Sabtu, 26 Mac 2011

Singa ini dah ada tuannya.

dresden lion

Projek ini dah lama terperam dalam kotak.Pening kepala nak buat applique matanya,kecil sangat.Hari tu dah beli kain felt,jadi nak senang buat aje dengan kain felt.Selesai masalah.Ini baru siap 1 keping ada 3 keping lagi.Perancangan nak buat quilt untuk seseorang.Siapa?...biar rahsia dulu....tapi singa ini memang dah ada tuannya.Nanti bila dah siap Ct tunjukkan lah ye......Pattern ini Ct dapat dari  fatcatpatterns ada macam-macam designs, yang penting free..


ada rupa singa kan?....


Penambahan:Setelah mencuba kali kedua akhirnya blog Ct sudah

 tersenarai di Craftzone Malaysia.Terima kasih Maya.Untuk pengetahuan semua mula-mula Ct jadi blogger disinilah tempat pertama Ct mencari kawan-kawan sealiran.Disini lah Ct kenal Yati (pengomen terbanyak diblog Ct) , mamadaniel ,  diahrothman  mila rimbun dan ramai lagi.Selepas ini Ct harap mood nak menjahit akan bertambah lagi,boleh lah share hasil kerjatangan Ct dengan semua.

klik kalau nak tengok lebih jelas

7 ulasan:

Maya Mayana berkata...

bagus la lion tu dh bertuan,if tk bertuan susah jugak nanti...nak masuk craftzone malaysia tu mesti cerita psal craft sahaja ke? yg buat ikut mood aje mcm saya ni,byk cerita psal lain bleh masuk ke? memandangkan awak pndai jahit apekata jahit felt kat t-shirt pulak,tulis la wording yang comel2 macam handsome like daddy,I'm cute like cupcake...n macam2 lagi...

ct N honey berkata...

@my name is Yana
craftzine tu mmg utk blog craft aje,ct ni suka menjahit tapi masa tu tak de,sibuk dngn bby dan anak2.pasal kain felt,ct pun sedang dlm proses belajar,t.kasih sbb beri ilham,nanti bolehlah cuba...

Mila@Rimbun berkata...

sekali pandang mcm matahari... rupanya lion.. tak sabar nak tgk.. apa jadi dengan lion nii.. quilt kah...

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun
mmg nak buat quilt,sedang berusha membuatnya dengan secepat yg mungkin...

Nur berkata...

Good luck ct, untuk siapkan quilt singa tu! Ada rupa singa.
Thanks for sharing link tu. Boleh bagi idea untuk applique atau crafts. :)
Tahniah ct, sudah disenaraikan di Craftzone!

puanbee berkata...

singa yg comey tapi kalau abaikan bentuk di belakang tu nampak cam bear pun ada comel..rajin sungguh ct

ct N honey berkata...

@puanbee
dah minat dan mood ade,mmg tak boleh nak tahan....