Khamis, 10 Mac 2011

Tutorial- beg jeans mama ranggi(1)


Untuk beg jeans kali ini,Ct dapat tempahan dari biras untuk mamanya.Memandangkan ini kali yang 5 Ct buat beg dari kain jeans jadi Ct naklah berkongsi tutorialnya dengan anda semua.Belumlah pandai sangat lagi tapi diharap tutorial ini dapatlah membantu sesiapa yang tak ada idea bagaimana nak buat dengan seluar jeans yang sudah tak muat ataupun yang dah koyak,(terutama dibahagian lutut).OK mari kita mulakan.Tutorial ini ada 4 bahagian (A,B,C,D).Kita mulakan dulu dengan bahagian B.


Bahagian D untuk bahagian dalam

BAHAGIAN B
Dapatkan 2 warna kain jeans.1 warna boleh diambil dari
lebihan seluar jeans yang kita buat beg ini iaitu dibahagian
 kaki.Potong dengan ukuran 3x3'.Jumlahnya bergantung kelebaran beg.Untuk beg Ct,16 kpg berwarna gelap,16 kpg berwarna terang.

Dijahit bersama.Mesti dapat 16 kpg

Selepas itu dijahit pula seperti gambar diatas

Untuk lebih jelas,inilah hasilnya setelah dicantum dan dijahit.

Potong kain berwarna gelap berukuran 5' panjang dan lebarnya mengikut ukuran kain yang dicantumkan tadi

Cantumkan kain seperti gambar diatas

Lipat kain sama panjang dan jahit lurus dikiri kanannya

Beg yang separuh siap selepas dijahit kiri dan kanan tepinya

Jahit pula dikedua-dua bucu beg anggaran 2'

 Lebihan kainnya hendaklah digunting.

Selesai sudah untuk bahagian B.Disebabkan panjang sangat tutorialnya, esok Ct sambung lagi bagaimana caranya untuk menyambungkan bahagian A dan B pula.Harap bersabar ye.Sementara menunggu hari esok apa kata buat dulu tutorial bahagian B ini.

Untuk melihat koleksi hasil kerja tangan saya sudi-sudikan lah ke Handmade Bag / Craft ctNHoney

Untuk sambungan Tutorial sila ke  Tutorial- beg jeans mama ranggi(2)

UPDATE: 11/12/2023
Kelas offline - hadir di seremban
Pattern bag - kisslock frame
Masa - 9 pagi - 2 ptg. 
Untuk detail kelas boleh WhatsApp


4 ulasan:

Nur berkata...

Ct,
cantik pattern bawah bag tu. Macam corak dam. Suka! :)

ct N honey berkata...

thank you,...

puanbee berkata...

comeynyer...bee suka tapi mesin meragam tk leh nk iktu ler...tunggu bee kayo beli mesin aplle heee

Izan Ishak berkata...

cantiknya kak! macam2 jadi kalau kreatif bab jahit menjahit ni kan kak. tapi....izan mmg keras tangan bab2 gini~