Khamis, 21 April 2011

Benjy masuk ICU


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, atau lebih dikenali sebagai Benjy, yang menghadapi dua tuduhan memiliki dadah diteruskan di Mahkamah Majistret di sini hari ini walaupun dia tidak hadir kerana dikatakan tenat dan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital swasta.


Majistret Hafizza Sauni memutuskan untuk meneruskan prosiding itu dengan memanggil saksi-saksi yang tidak memerlukan sesi pengecaman daripada tertuduh.

Mahkamah sebelum ini menangguhkan perbicaraan selepas pelakon itu dikatakan tidak sihat dan sedang mendapat rawatan di Hospital Pakar Damansara.
Dalam prosiding hari ini, peguam Amer Hamzah Arshad memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya itu dalam keadaan tenat dan dirawat di ICU di hospital itu sejak semalam kerana serangan asma.

"Saya dimaklumkan oleh ibu Benjy, yang juga penjamin, bahawa tertuduh semakin tenat dan dimasukkan ke wad ICU semalam, bagaimanapun tertuduh memberitahu dan memberikan arahan kepada saya untuk tetap meneruskan prosiding setakat mana yang boleh tanpa kehadirannya," kata Amer Hamzah.

Benjy, 33, didakwa memiliki dadah jenis syabu seberat 0.24 gram di sebuah rumah di Menara Duta 2, Jalan 1/38B Off Jalan Segambut di sini, pada jam 4 petang 11 Mac tahun lalu.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa memiliki 0.14 gram dadah di Vista Mutiara Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini, pada jam 3 petang hari yang sama.
Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman sehingga penjara lima tahun, atau denda RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


4 ulasan:

puanbee berkata...

hurm sayang nyer kan , dah elok2 jd pelakon

Nur berkata...

Kesian juga baca, baru tau Benjy ada asthma.

Jendela Hati berkata...

tghmlm td dh baca entry nie kat sini. pg td baca kat paper lak...

Unknown berkata...

owh, tak sihat rupanya..


n3 terbaru kakyong.com
Asmara versi Flybait
Nak sikit tempias glamer dari Mazidul Akmal
Kenali sahabat ibu : Yatie Chomeyl