Isnin, 11 April 2011

Kitar semula Bra baru atau lama


Satu kempen kitar semula telah diadakan pada bulan April ini.Kempen itu diberi nama
"Green Bosom - Bra Recycling Buddies Program"
Jika anda mempunyai Bra yang tidak mahu digunakan lagi,atau pun tersalah membeli saiz sehinggakan boleh disimpan menjadi koleksi, bolehlah menyahut kempen ini.Daripada disimpan didalam laci boleh juga diberikan kepada wanita yang memerlukan untuk tujuan kebaikkan.

Kempen ini mengitar semula Bra yang tidak digunakan lagi dengan membeli dan menjual semula kepada negara yang kurang maju diseluruh dunia seperti dikhemah perlarian, rumah perlindungan dll.

Ciri-ciri Bra yang dikitar semula
1.Bra didalam keadaan yang baik seperti kancu dan talinya berkeadaan baik.
2.Semua saiz dan corak paten diterima.
3.Semua jenis Bra sama ada yang biasa atau pun untuk kegunaan mengandung dan bersalin.
Nota:Jika Bra yang didermakan itu masih baru janganlah dibuang tagnya.

Berita baiknya selain menyokong dan menderma didalam kempen ini anda akan mendapat rebet RM10.Jika inginkan maklumat lanjut tentang rebet ini sila ke askcleo.com


22 ulasan:

Mila@Rimbun berkata...

kat mana ni yerr.. saya selalunya gunting2 jer bra lama tuh before buang, kekadang cantik lg. kalau ada camni bolehlah donate

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun
bukan kat sini,tapi nak tahu kena pergi ke webnya,byk info kat situ

Nur berkata...

Yati takde la bra lawa-lawa lagi yang boleh diderma. Selalu pakai sampai dah uzur bra tu, baru beli lain. Bra masa pregnant pun pakai lagi. :)

Admin berkata...

wow...bgus kempen ni...

puanbee berkata...

huhu bee alah membeli menang memakai tk derma ! hee faham2 ler

Ummi Hanie berkata...

gud idea ... yelah,takkan nk buat kain buruk lak kan...obvious sgt...ekkekeke!:p

puanbee berkata...

slmt pagi ct heee ..

Farah Shamsudin berkata...

wah.. bagus kempen ni.. saya banyak bra yang cantik2 lagi.. elok sangat lagi..

Unknown berkata...

org lelaki boleh buat apa yer untuk kitar semula?

Ramli berkata...

Kena support kempen nie. jom derma..

ct N honey berkata...

@Ummi Hanie
tak pernah lagi jumpa ada orang buat kain buruk....kalau ada agaknya apa yg sesuai yg nak dilap tu..he..he..

ct N honey berkata...

@Farah Shamsudin
boleh lah sahut kempen ni nampaknya

ct N honey berkata...

@Khairil
he..he...no idea

ct N honey berkata...

@Ramli
kena lah ambil emak/kakak/isteri punya nampaknya...

Unknown berkata...

hahah. ade jugak ek. 1st time tau nih. b4 ni sume baju2 je. mmg prihatin tol sape yg organized nih..

@e_da berkata...

wah siap dapat rebate mesti ramai nak join kan...

ct N honey berkata...

@wannurakmal
sebenarnya saya pun baru tahu gak kempen ni...dlm wanita hari ini.bra pun utk kegunaan harian juga cam baju

ct N honey berkata...

@@e_daberi yg lama boleh beli yg baru....

Unknown berkata...

kakyong pakai bra sampai hancur.. la ni dok belek2 balik bra lama utk dipakai... huhuuu.. harus lah kena 'slim' kan diri... heheh..

puanbee berkata...

ct bee dh review

http://puanbee.com/segmen-puanbee-review-blog-cthoney/

Syarni Farida berkata...

nak nak support ! ahaha ;D

ParkAir berkata...

Time2 jerebu bleh la guna.. XD