Sabtu, 14 Mei 2011

Apa nak buat,bila blog tak boleh buka?

Semalam semua orang dah tahu pengguna blogspot tak boleh nak buat apa kat blog mereka. Termasuklah blog Ct. Bangun pagi-pagi siapkan semua kerja, hajat dihati nak buat entry tapi bila klik aje catatan baru keluarlah 




Hati mula risau dah. Sebenarnya sehari sebelum tu ada juga baca blog mereka tak boleh buka. Ingatkan blog Ct tak terbabit sama.... Apa nak buat ni.... buka pula FB, rupa-rupanya memang ramai yang senasib dengan Ct blog mereka pun tak boleh buka. Relax....relax.....


Bring your friends to sign up today and get rewarded RM1.00 per friend invited


Tengahari buka balik blog macam tu juga... ahh.. tension..... Ct ping juga lah entry semalam kat FB. Petang buka balik, terperasan pula ada 2 entry dah tak de. Bila aku klik di FB entry yang Ct ping tengahari tadi keluar lah macam ni




Disebabkan boring + tension aku pun cari lah tutorial macam mana nak mengatasi boring dan tension Ct ni. Mula-mula buka tutorial 1 (pening pula nak faham) buka tutorial 2 (macam leceh aje). Kalau boleh nak siapkan hari ini juga. Cari...cari  lagi jumpa pula tutorial 3 (senang dan faham). Ct pun buatlah ikut tutorial tersebut sampailah ke petang. Dapat lah siapkan juga akhirnya. Ini lah hasilnya yang Ct buat bila blogspot tak boleh buka.




Hadiah untuk hari guru minggu depan.Tak sempat nak bungkus lagi sebab petang ini nak balik kampung Ayer Hitam, Bahau. Ahad petang balik baru bungkus.


3 ulasan:

Yati berkata...

Bagus juga blogspot tak boleh buka. Boleh menjahit. :)
Komen entri latest Yati semua hilang. Sabor je la.

Jendela Hati berkata...

haah tension jugak smlm. pastu br perasan komen2 kwn pun byk ilang.

nelly berkata...

nelly tak bole buka ni ~
=='

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/