Sabtu, 14 Mei 2011

Bangkai babi diproses di Tanjung Sepat


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan sedang menjalankan siasatan berhubung laporan sebuah televisyen tempatan berkaitan isu khinzir yang telah mati yang digunakan untuk menghasilkan makanan yang terproses.



Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan, Noraini Datuk Mohd Othman, berkata pihaknya memandang serius perkara itu dan sekiranya laporan itu berasas, pihak yang terlibat boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 13A Akta Makanan 1983.

Dalam kenyataan di sini, pada Jumaat, beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan perkara itu supaya menyalurkan maklumat itu menerusi laman web bahagian itu di http://fsq.moh.gov.my.

Isu itu tercetus apabila TV7 dalam Edisi Siasat Mandarin baru-baru ini mendakwa penternak khinzir di Tanjung Sepat, Selangor menjual bangkai haiwan berkenaan untuk menghasilkan makanan seperti sosej,daging salai, dim sum dan pau.
Bangkai merujuk kepada badan haiwan yang sudah mati.


Lagi cerita tentang isu babi
KL 9 Mei 11: Bahagian agama dan pihak berwajib di negara ini, sila beri perhatian segera mengenai daging babi yang terdapat dalam daging lembu. Difahamkan, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi. Tidak mustahil ianya akan masuk ke pasaran Malaysia.


Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.

3 ulasan:

Bee berkata...

lorh mcm2 depa nih ...

Nur berkata...

Pelik, pelik... nak beli apa pun tak tau halal ke tak.

Unknown berkata...

tak habsi2 kan depa ni buat mcm ni.. patutnya kat Mesia ni diharamkan terus ternak babi.. kalo depa nak makan, depa import jer la...


n3 terbaru kakyong
Kenapa blog moms @ ibu-ibu perlu mesra SEO
Jamu mata– gambar drama Nora Elena
OST Nora Elena – Berubah & VC Promo Nora Elena
Sekadar catatan syiok sendiri–keyword, pageview, alexa rank