Jumaat, 6 Mei 2011

Cerita mengenai pelakon Drama Juvana yang anda tak tahu


JUVANA, sebuah drama bersiri yang akan mengupas sisi hidup pesalah-pesalah juvana. Selain menyelami dunia dan perasaan hati pesalah juvana, JUVANA juga mahu mendidik para penonton supaya mengambil iktibar daripada paparan kisah kehidupan watak-watak siri drama tersebut.


Drama Juvana mengisahkan seorang remaja bernama Daim Yahya yang telah dituduh membunuh ibu dan teman lelaki ibunya. Daim telah dihantar ke sekolah pemulihan akhlak Wira Bakti iaitu sekolah badan bukan kerajaan semasa umurnya 17 tahun. Raja seorang warden yang jahat,tidak memperdulikan Daim yang dibuli oleh penghuni asrama yang jahat.

Daim kemudiannya mendapat sinar gembira apabila Cikgu Zakiah membantu Daim yang lemah dan selalu menjadi mangsa buli rakan-rakan samseng yang ada di sekolah itu.


Johan Ariff ,25 tahun memegang watak Botak seorang yang serius dan ganas tetapi realitinya dia seorang yang kelakar.Johan juga berkemampuan menghafaz dua juzuk surah al-quran.Ini kerana dia pernah menuntut ilmu agama di Jambi dan Batam Indonesia selama setahun.Tetapi berhenti kerana tidak tahan dengan disiplin yang ketat yang dikenakan.Sekarang ini Johan sedang menuntut di Kolej Universiti Islam Melaka dalam bidang Diploma Kaunseling.Disebabkan kesukaran memegang wataknya yang serius dan ganas itu,Johan dikatakan menangis ketika dilokasi kerana tidak mampu mengekalkan intonasi dan gaya lakonan yang sama.Disebabkan terlalu menghayati watak Botak itu juga,Johan tidak sengaja memukul rakannya sehingga berdarah dan lebam.


Syazwan 23 tahun, memegang watak Apek pula seorang graduan Kolej Multimedia TM Kuala Lumpur.Beliau juga pernah berlakon didalam drama bersiri Gemilang.Syazwan juga amat meminati Aaron Aziz dalam filem KL Drift hingga mampu meniru gaya pelakon itu dalam filem berkenaan.

Bagi watak Ayam yang dilakonkan oleh Adam 30 tahun pula,dia pernah bekerja kilang sebagai seorang jurutera.Disebabkan tempat dia bekerja itu gulung tikar dia terpaksa mencari alternatif lain untuk menyara hidup.Adam pernah berlakon didalam drama Akademik Polis dan juga melakukan kerja-kerja dibelakang tabir seperti menolong pengarah dilokasi drama tersebut.Mengulas watak Ayam di dalam Juvana,Ayam kelihatan tidak begitu jahat tetapi sebenarnya dia adalah seorang yang pandai memanipulasi keadaan.Oleh kerana bimbang dibuli,dia banyak mengawal Botak hingga Botak tidak sedar dia sebenarnya dipergunakan oleh Ayam.

Jadi jangan lupa menyaksikan drama bersiri Juvana. Sesiapa yang terlepas episod 1 dan 2 boleh lah ke www.tonton untuk mengetahui permulaan drama ini. Selepas itu bolehlah teruskan menonton pada minggu hadapan hari Isnin jam 9 malam di TV3.

Ct ada terbaca dalam khabar,komen tentang drama Juvana ini seolah-olah menggalakkan kes buli dan boleh ditiru pelajar sekolah lain,dan berharap dihentikan segera.Apa pendapat anda pula?

9 ulasan:

puanbee berkata...

mungkin jugak ,nanti keluar lah gaya budak sekolah cam depa nih ..tp mungkin jugak budak2 akan sedar..

Unknown berkata...

di sebalik penayangan juvana..bukan nak mengajar tapi ambil pengajaran..bagi ibu bapa untuk mengawal anak2 agar tidak terjebak dengan benda2 jenayah...kawal emosi juga tingkah laku...bagi anak2 biar mereka tahu ape yang akan terjadi jika melakukan perkara jenayah.

NzA berkata...

dengar cerita, kisahnya best...xsmpt nk tgk...

temuntirung berkata...

ctenye sungguh bez.. trus kn d siar kan d tv.. huhu

Jacqueline A. Julius berkata...

suka sangat dengan cerita
ne (:

Maya Mayana berkata...

yana suka tgok cerita ni...kalau tgok ceita begini kena ada bimbingan ibu bapa...yana ckap dgn anak yana ni sekolah budak2 jahat...kalau jahat kena sekolah kat sini..ada baiknya kita masuk elemen ceramah dan motivasi sekali..hehe

Ummi Hanie berkata...

yeah i like diz drama...
tp sedey termiss episod last week... :( takper nk try qadho tgk kat tonton.com :p

♥ hanimnordin berkata...

xla. sonok je tgk cite nih. especialy bile watak budak kecik tu da ade. haha.

ct N honey berkata...

@Hanim Nordin bila tgk cerita ni, ambil yg baik aje, yg buruk jadikan peringatan.