Jumaat, 20 Mei 2011

Datuk Nenek pengasuh pilihan terakhir

Ramai pasangan jika diberi peluang untuk memilih akan berasa lebih yakin untuk meletakkan anak-anak mereka dibawah jagaan ibu bapa mereka sendiri. namun begitu, bukan semua pasangan memilih ibu bapa untuk menjaga anak-anak kerana dianggap tidak praktikal. Sebilangan ibu bapa terpaksa menghantar anak ke rumah pengasuh atau meninggalkan mereka di rumah bersama pembantu rumah kerana ibu bapa tidak begitu sihat.



Tidak dapat dinafikan ada baik buruknya apabila datuk dan nenek menjaga cucu. Datuk dan nenek memainkan peranan penting selain menjadi penjaga cucu, mereka juga menjadi pendidik mengajar cucu mengaji Al-Quran, menulis dan membaca tulisan jawi atau asas kemahiran hidup antaranya memasak dan berkebun. Ramai pasangan bersetuju bahawa ibu bapa mereka adalah pengaruh terbaik untuk anak-anak.



Namun ada beberapa masalah jika meletakkan anak-anak dibawah jagaan datuk dan nenek.
1. Anak-anak lebih menyayangi datuk dan nenek daripada ibu bapa mereka sendiri kerana mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama-sama. Ibu bapa juga terpaksa menghadapi datuk dan nenek yang terlalu memanjakan cucu.
2. Persaingan merebut kasih sayang juga terjadi antara datuk dan nenek daripada kedua-dua belah pihak. Dalam situasi begitu, ibu bapa tersepit ditengah-tengah antara ibu bapa sendiri dan mentua.
3. Anak-anak cepat belajar bahawa terdapat dua peraturan. Satu peraturan yang ditetapkan oleh ibu bapa dan satu lagi peraturan datuk dan nenek. Anak-anak boleh memperkotak-katikkan kedua-dua belah pihak.
4. Timbul konflik antara ibu bapa dengan datuk dan nenek dalam cara membesarkan anak-anak. Bukan mudah untuk meminta orang tua mengikut cara kita dalam mendidik anak sepertimana kita menyuruh pembantu rumah mengikut peraturan tertentu.



Semasa anak no1 dan no2 dilahirkan, Ct bekerja. Emak mertua sanggup menjaga kedua-duanya dengan alasan tidak mahu cucunya di hantar kepada orang lain untuk dijaga, lagipun anak Ct adalah cucu pertama mereka. Maka sejak itu,anak Ct dijaga oleh mertua di kampung. Walaupun hanya menjadi ibu bapa pada hujung minggu, kami tidak bimbang akan keselamatan dan kesihatan anak. Kerana Ct memberi kepercayaan sepenuhnya kepada mertua untuk mengasuh dan mendidik ketika ketiadaan kami.


Time to pamper your family with space 

Kata hubby, dulu terutama bapanya amat tegas dengannya ketika dia kecil. Tetapi dengan cucu, mereka lebih berlembut. Namun begitu mereka tetap mendisiplinkan anak Ct. Walaupun sehingga sekarang Ct rasa kedua-dua anak Ct lebih menyayangi datuk dan neneknya dari kami, (tidak menunjukkan secara berlebih-lebih sebab mereka pun dah besar) Ct tidak berkecil hati kerana mertua berhak mendapatkannya, sebab mereka mencurahkan sepenuh kasih sayang kepada anak kami semasa menjaganya dulu. Ct amat berterima kasih kepada mertua dan budi mereka tidak terbalas rasanya. 

1 ulasan:

Farah Shamsudin berkata...

kalau saya lah, saya taknak hantar anak ke rumah ibu bapa saya..bukan apa, dulu pun mereka jaga saya sampai lah besar.. takkan lah saya nk nyusahkan mereka lagi. tapi memang ada, ibu bapa yang nak jaga cucu sendiri kan.. tapi tulah, nanti anak akan lebih pada atuk & neneknya..