Jumaat, 20 Mei 2011

Harga susu naik 5-6% mulai Jun


Rasanya baru dua tiga hari lepas harga minyak naik. Sekarang ini harga susu pula. Adoi.hai..tak sanggup rasanya nak dengar lagi tentang kenaikkan harga barang. Terutama barang-barang keperluan harian. Bagaimana pun terpaksa juga terima kenyataan ini, walaupun terpaksa, ku telan juga biar pun rasanya kelat,payau,masin dan segala macam rasa lagi. Tak sampai hati pula nak bagi anak minum air kopi atau sirap aje tiap hari kan.....

Dutch Lady Milk Industries Bhd. (Dutch Lady) akan menaikkan harga produk tenusunya di antara lima sehingga enam peratus secara berperingkat-peringkat menjelang Jun ini ekoran peningkatan harga bahan mentah.

Menurut Pengarah Urusan Dutch Lady, Bas van den Berg, peningkatan itu adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dengan harga bahan mentah dijangka meningkat sebanyak 29 peratus pada tahun ini berbanding 27 peratus pada tahun lalu.

“Peningkatan kos ini dapat dilihat secara signifikan dengan kenaikan harga bahan mentah seperti susu, gula, minyak dan tenaga buruh.

“Kami di Dutch Lady mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi perkara ini tetapi ia suatu yang tidak dapat dielakkan, oleh itu kami terpaksa meningkatkan harga sebanyak lima hingga enam peratus dalam portfolio produk kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan ke-48 Dutch Lady di sini semalam.

Turut hadir ialah Pengerusi Dutch Lady, Datuk Zainal Abidin Putih.

Van den Berg menjelaskan, sebagai persediaan ke arah fenomena berkenaan pihaknya telahpun menaikkan harga sebanyak lima peratus bagi beberapa produk susu yang baharu dilancarkan pada awal tahun ini.


“Kami harus mengambil langkah berjimat-cermat dan efisien dengan harga material bahan mentah yang tidak menentu ini,” katanya.

Beliau bagaimana pun tidak melihat bahawa peningkatan harga tersebut akan menjejaskan jualan rangkaian produk tenusu Dutch Lady di pasaran.

Syarikat itu menghasilkan dua rangkaian jenama produk tenusu yang terdiri daripada susu segar, minuman yogurt, susu untuk membesar dan susu suhu ultra tinggi (UHT) serta Friso yang meliputi susu tepung yang dirumus untuk kanak-kanak dan golongan ibu mengandung dan menyusu.


“Matlamat kami pada tahun ini ialah untuk melepasi prestasi keuntungan memberangsangkan yang dicapai pada tahun lalu walaupun akan menghadapi tahun yang mencabar,” jelasnya.

Nak tukar susu apa pula kali ni? Anak Ct sekarang ini memang minum susu Ducth Lady......Ada yang murah lagi ke susu dari jenama Ducth Lady?

9 ulasan:

Unknown berkata...

alamak harga susu pun naik juga..
nasib aku blum kawin blum ada anak lagi..

Fiza Rahman berkata...

Salam dari blogged.my ☺☺

Erk...rasanya harga susu baru jer naik, ni naik lagi ker...haihhhh...start satu brg naik harga, suma brg pon akan naik. Tak patut lah.

MamaDaniel berkata...

aduh.. naik lagi... kalau dutch lady naik harga mesti susu lain pun ikut sama.. huhuhu... mak budak pun minum susu jugak nih...

Unknown berkata...

selamat mommy..anak2 dah beso, kurang minum susu~hee

puanbee berkata...

adei ank bee pun minum susu tu , erm em gi mana deh terima je lah !!

NzA berkata...

semua harga brg naik ttp gaji dok tang gitu gak...hu...

dilazfamily berkata...

setakat nie susu Dutchlady memang naik harga mahal sangat. yang lain tak sangat kot. Tulah dah biasa susu nie tak tahu nak tukar apa

fisa othman berkata...

lol naik lagi harga barang...haishh...

SCLover berkata...

aduhhh... apa lagi nak naik lepas nih... letih rasanya..lepas satu lg satu naik..kekadang rasa macam rakyat tak di utamakkan pun..!!