Selasa, 3 Mei 2011

Keputusan terkini kes tuntutan RM1.38 juta oleh Datuk Sosilawati terhadap Nash


Mahkamah hari ini membenarkan kes tuntutan harta bernilai RM1.38 Juta oleh Datuk Sosilawati Lawiya dibatalkan.
Menurut peguam Allahyarham Sosilawati,Datuk Zaidi Zain kes ini dibatalkan kerana anak guamnya telah meninggal dunia.


Sedikit info tentang perbicaraan sebelum ini.
Kes tuntutan harta bernilai RM1.38 Juta difailkan Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya terhadap bekas suami, Nash berkemungkinan besar diteruskan oleh anaknya.

Mengikut peguam Allahyarham Sosilawati, Datuk Zaidi Zain, perjumpaan telah diadakan dengan anak sulung Sosilawati, Erni Dekritawati Yulian atau Rita, 26, berhubung hal ini. Bagaimanapun belum kata putus dapat diambil daripadanya.Rita kini dalam dilema untuk meneruskan kes itu disebabkan hubungan baik ahli keluarganya dengan Nash. Namun, pada masa yang sama, Allahyarham ketika hayatnya begitu bersungguh-sungguh membawa perkara itu ke muka pengadilan.



Permohonan untuk menangguhkan kes itu tidak dibantah oleh peguam syarie Amli Embong yang mewakili Nash atau nama sebenarnya Jamaludin Elias kerana ia adalah bagi keadilan semua pihak.


Amli berkata, jika waris Sosilawati berhasrat untuk meneruskan permohonan, mereka perlu memfailkan beberapa pindaan dalam permohonan asal seperti memasukkan sijil kematian jutawan kosmetik itu.

Sosilawati memfailkan permohonan itu pada 21 November 2009 untuk menuntut semula RM1.38 juta iaitu
RM200,000 daripada jumlah itu dilaburkan ke dalam Amanah Saham Bumiputera
RM200,000 pula di dalam Amanah Saham Wawasan.
RM500,000 dilaburkan dalam dua akaun saham Public Mutual Berhad 

RM480,000 digunakan untuk membayar hutang pinjaman bank sebuah rumah teres dua tingkat kepunyaan Nash.


senang aje senang nak menang
Adakah ANDA Jutawan yang dicari

 mungkin juga anda meminati


Berikan hadiah untuk sikecil
Contest sempena Hari Ibu 

15 ulasan:

Ummi Hanie berkata...

huh...selamat si Nash

Unknown berkata...

salam pagi ct~mommy minat nash...alhamdullilah dia dah selamat dari tuntutan tu~ rezeki nash

Mila@Rimbun berkata...

si Nash ni seronok ler yer.. tp kalau betul itu duit dia (Sosilawati) perlulah Nash ni pulangkan.. kut didunia lepas, diakhirat nnt?

NzA berkata...

or brduit setakat RM1 juta tu xde maknanya....

Melur Jelita berkata...

Sekarang terpulang kepada Nash..dia nak pulangkan atau pun tidak...apa - apa hal pun ini urusan rumahtangga...hanya mereka berdua yang tahu kebenarannya.

Nur berkata...

Selamat la Nash. Banyak juga ya, kawin dulu tak lama pun.

ct N honey berkata...

@Mila@Rimbun
kalau duit dari cara yg salah tak berkat

ct N honey berkata...

@Melur Jelita
klu memang nash yg salah,sanggup dia hidup dlm kepura2an kan...

ct N honey berkata...

@Yati
rezeki terpijak dia

Suzie berkata...

Saya tersenyum bila baca semua komen ....hilang sikit duka...heheh tak tahu la sapa betul sapa salah...tapi ok tak duit i duit i duit u duit i ...heheheh

puanbee berkata...

erm selamat nash di dunia , di akhirat tak tahu lagi ...lagi lagi si sosilawati dah arwah ..

Alan Rizque berkata...

Kalau kita bagi barang kat orang lepas tu orang tu mintak balik..Memang wajib bagi balik ker?

Atau ada syarat tertentu?

ct N honey berkata...

@Alan Rizque
masa baik,baik sangat semua nak diberi,bila dah gaduh kalau boleh duit 5 sen pun nak tuntut...dlm kes ini cuma mereka berdua aje yg tahu..

Azah berkata...

Kalu nash meminjam dia patut pulangkan..

Alan Rizque berkata...

Itu la masalahnya..sebab tu kot kes ni dibawa ke mahkamah..