Rabu, 25 Mei 2011

Konsert percuma di Hari Belia Negara 2011

kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan sambutan Hari Belia Negara 2011 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei ini. Kemuncaknya pada 28 Mei dengan konsert yang bakal berlangsung. SEBAHAGIAN besar artis yang membuat persembahan tergolong di dalam kelompok belia negara. Oleh itu, bagi menjayakan Hari Belia ini, barisan artis muda yang menjadi pelapis kepada industri seni tanah air kita dijemput bagi menjayakan Himpunan Sejuta Belia 2011. Artis seperti Akademi Fantasia 9 (AF9) Aesar Mustafa, Max 24:7, Heela, Rafidah Ibrahim, Zehra Zamberi, Feeya, Zizi Fabulous Cats dan One Nation Emcees (ONE). Dijadualkan pada pukul 4.00 petang akan bermula dengan persembahan artis seperti Kumpulan Hujan, Manakala persembahan pada sebelah malam pula dijayakan oleh artis seperti Azlan Typewriter, Yuna.



Bring your friends to sign up today and get rewarded RM 1.00 per friend invited.(Klik here)

Pada penutup persembahan pula kumpulan K-pop Super Junior M akan membuat persembahan. Pemilihan kumpulan Super Junior M itu bukanlah bermaksud untuk membangga-banggakan penyanyi dari luar tapi menurut kata penganjur mereka dipilih kerana ini akan dapat mengumpulkan belia dari semua bangsa di dalam Malaysia ini. Bukan tertumpu kepada belia melayu sahaja. Ia juga tidak membataskan artis antarabangsa dan tempatan bersama-sama membuat persembahan dalam satu pentas yang sama.


Selain itu ada bermacam-macam acara akan berlangsung pada tarikh tersebut. Seperti CAK LEMPONG 36 JAM TANPA HENTI, ini untuk Memecahkan rekod Malaysia.1 MALAYSIA GREEN 1 MALAYSIA CLEAN, menjadikan masyarakat lebih prihatin terhadap tahap kesihatan di dalam kempen bumi hijau.
Untuk maklumat lanjut bolehlah ke http://www.haribelianegara.org.my/

3 ulasan:

Golden Rose berkata...

nape buat kat putrajaya?...kalu buat kat penang blehla sha p...huhuhu

puanbee berkata...

best nya tp kita tk belia dah hehee

mommylavender berkata...

kalu ade live kat tb yang tak belia ni boleh lah numpang kan~heee..salam petang ct

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/