Ahad, 22 Mei 2011

Selepas Bob Lokman kini Syam Kamikaze mendapat hidayah Allah


Selepas Bob Lokman kini Syam Kamikaze selebriti penyanyi rock pula yang mendapat hidayah Allah. Baru-baru ini Dr. Ust. Asri (mentor) telah menjemput Syam Kamikaze untuk memberikan ucapan/pengalaman beliau kepada jemaah ketika itu. 


Anda juga mendapat jemputan dari kawan (Klik sini)

Sham Kamikaze, merupakan pemain gitar utama Kamikaze dan pernah menghasilkan sebuah album berjudul Kontroversi. Pada peringkat Anugerah Industri Muzik, Sham pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.

Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka atau pun di stesen stesen TV. Dia juga mencurahkan pengalaman muziknya di Akademi Seni Kebangsaan. Antara tugasan yang pernah di pikulnya termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.
Pastikan keluarga anda dilindungi (Klik sini)

5 ulasan:

Aina Akmal berkata...

alhamdulillah.. semoga ramai lagi atris mengikut jejak mereka.. ^_^

NzA berkata...

Alhamdulillah syukur krn mrk antara insan yg dipilih.....

puanbee berkata...

allhamdulillah moga kita semua yg pernah buat silap di beri hidayah ! amin !!

Ummi Hanie berkata...

alhmdllh...seronok dengor mcm ni...hidayah itu di tgn Allah kan ...

Naimatul Hafizah Nor Rodin berkata...

alhamdulillah...
hidayah milik Allah, Allah akan beri hidayah pada sesiapa saja. yang penting, kita kena sentiasa berdoa agar kita kita sentiasa diberi taufik dan hidayah....