Selasa, 24 Mei 2011

wang kertas dan syiling baru akan dikeluarkan 2012

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan bahawa satu siri reka bentuk baru wang kertas dan duit syiling Malaysia akan berada dalam edaran pada awal 2012. Langkah itu dilakukan secara berkala dalam setiap tempoh 12 tahun. Reka bentuk mata wang siri baharu itu akan mengandungi ciri-ciri yang khusus bagi Malaysia, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih canggih sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir ini.


Reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru itu adalah untuk wang kertas dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100. Manakala bentuk baru siri yang ke-tiga bagi denominasi 5 sen, 10 sen dan 50 sen, kata BNM. Siri baru wang kertas dan duit syiling ini akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada sehingga siri tersebut dikeluarkan secara beransur-ansur dari edaran.

Reka bentuk terkini wang kertas RM50 yang sudah pun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 bagi memperingati Ulang Tahun Ke-50 Kemerdekaan Malaysia akan terus dikekalkan dalam edaran.

Adakah anda merasa ketakutan bila malam menjelma? Kini ada penyelesaiannya. (Dapatkan ADT)

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang siri baru mata wang ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling peringatan untuk siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri ke-empat yang baru pada suku ketiga 2011.

2 ulasan:

MamaDaniel berkata...

wa.. kena simpan sehelai dua nih.. nanti labi 12 tahun semua dah abis... :) macam duit rm2 yang dah tak kelihatan itu...

Ummi Hanie berkata...

semua duit kertas lama akan pupusle nnti yer...