Jumaat, 10 Jun 2011

Awas! Pelatih PUSPEN melarikan diri.



MUAR: Polis mengesahkan 43 daripada 377 pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Sengkang, Bukit Gambir dekat Ledang melarikan diri semasa rusuhan di pusat itu semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ledang, DSP Salleh Abdul Razak, berkata pihaknya bersama Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dan Agensi Dadah Kebangsaan kini berusaha menjejaki mereka yang meloloskan diri.
"Kami juga masih menyiasat punca sebenar rusuhan tersebut," katanya ketika dihubungi.

Dapatkan keselesaan kita memandu (Klik sini)

Dalam kejadian yang dipercayai bermula kira-kira 8.40 malam itu, sekumpulan pelatih bertindak merusuh dan membakar bangunan pentadbiran dan dewan makan di pusat tersebut.

Mereka juga bertindak memecahkan cermin tujuh buah kereta kepunyaan pegawai dan petugas pusat itu.

Ini adalah kejadian rusuhan kedua pernah berlaku di pusat tersebut selepas kejadian pertama pada 1999.
Jika anda rasa diri anda cute, yang ini mungkin lagi cute (Klik sini)

Ct ada juga lalu depan PUSPEN ini, kalau balik kampung jumpa makcik di Sengkang. Jika ada yang nampak seseorang yang mencurigakan laporkanlah segera. Takut juga mereka akan buat perkara yang buruk pula nanti.

5 ulasan:

dilazfamily berkata...

berhati-hatilah...sekarang macam2 jenayah berlaku kat negara kite nie.yang penting kena berwaspada selalu

ct N honey berkata...

@dilazfamily
betul tu...

NzA berkata...

risau la cz takut pelatih2 tu brkeliaran kt area Bkt Gambir nie...dkt sgt tu dgn rumah akak......hu...

ct N honey berkata...

@NzA
buat masa ni anak2 tak pyhlah bagi keluar,nanti kalau ct pergi sengkang bolehlah singgah rmh ye...

Ummi Hanie berkata...

ehh bahaye pnyakit virus puspen tu menular pun satu hal lg..ish ish sihh...