Isnin, 13 Jun 2011

Bila Abang Long dah tak ada


Hari Sabtu lepas hantar Abang Long ke R&R Seremban tunggu bas untuk balik asrama di MRSM Baling, Kedah. Sebelum itu tengok dia malas aje nak bangun, bila nak sarapan menung aje. Kesian pula tengok dia, tapi cuti dah habis terpaksalah balik. Bila Abang Long dah tak ada di rumah adik-adiknya mulalah boring.

Angah - Boring sebab tak ada kawan nak ajak berbual. Ialah umur Abang Long dan Angah jaraknya cuma 2 tahun. Macam-macamlah dia boleh bualkan. Kalau nak berbual dengan Naim umurnya baru 7 tahun, berbual pasal kartun bolehlah. Lagi satu masa ada Abang Long aje, dia boleh main game sebab Abang Long diberi kelonggaran sikit dapat main sebab sesekali balik rumah, selalu memang Angah tak dapat main sebab tahun ini dia ada UPSR. No game.....

Naim - Tak dapat makan sedap-sedap lagi. Masa Abang Long ada dia boleh makan macam-macam sebab selalunya Ct masak yang simple aje. Kalau ada Abang Long Ct buat kuih, bubur, dan masak lauk best-best. Duduk di asrama tahulah resepi hariannya. Lagipun  Abang Long duduk Kedah, dia kata masakannya tak pedas. Orang nogori biasalah tak ada cili api tak sah.....

Arif - Memandangkan dia suka melukis, kalau ada Abang Long bolehlah dia minta lukis macam-macam. Lukis kartun, robot dll. Lepas Abang Long balik asrama nampaknya lukis dengan Luqman ajelah.

Luqman - Masa nak tunggu Abang Long balik dari asrama tempoh hari, dia dah cakap, kalau Abang Long balik Luqman nak tidur dengan Abang Long. Nanti ayah tidur dengan Ibu. (Selalunya Ct tidur dengan baby Fakhrul dan Luqman satu katil. Kalau Hubby nak tidur memang tak muat. Terpaksalah Hubby tidur diatas katil bujang  Abang Long dalam bilik anak). Bila Abang Long dah balik asrama maka Hubby dan Luqman bertukar  katil semulalah nampaknya.

Fakhrul - Bila Abang Long dah balik asrama tak adalah lagi orang yang nak dukung dia bila menangis. Selalunya Angah dan Abang Long gilir-gilir jaga adik kalau Ct sibuk berkemas atau pun berblogging
(he..he..he..)


Semoga Abang Long belajar rajin-rajin, jangan lupa dapatkan result yang baik. Ingat pesan ayah........

7 ulasan:

Maya Mayana berkata...

bestnya anak ramai...sayalum lagi boleh minta tlg dukung si abg tu..hihi

bersama kak Es berkata...

bestnya abg long sporting ngan adik2 :)

homesick pula la abg.long pasni.

Tapi sebenarnya , jauh2 gini la menguatkan kasih sayagn diorg :)

ct N honey berkata...

@Maya Mayana esok dah besar si abang, boring pula kena jaga adik aje..

ct N honey berkata...

@bersama kak Es
kesian kat adik2nya yg kecil, hari ini si luqman, bangun aje dari tidur tanya along dah balik lum...sedih pula nak jawabnya

Jendela Hati berkata...

sian adik2 abanglong dah baik kedah semula... seronok ct ek ramai penghibur ati nie...xpa adik2 abnglong gi tuntut ilmu...

ct N honey berkata...

@Jendela Hatitak dinafikan semunya penghibur hati kami, tapi ada masa tu buat hati berapi-api layan perangai masing2....

Unknown berkata...

samalah kat sini....bila Qayyum balik ke asrama (Qayyum - ke Sekolah Sains Agama Kuala Pilah dokek yo) Sumaiyyah mulalah termenung je...