Selasa, 7 Jun 2011

Bukanlah anti gay, itu hak masing-masing


Gay, berbeza dulu dan sekarang. Kalau dulu bersembunyi, kini lebih terbuka. Ct buat entry ni kerana terjumpa di FB, ada Club Gay. Geli geleman pula bila baca komen-komen yang dihantar oleh Gay ini. Tak tahulah adakah mereka ini memang Gay atau pun saja suka-suka komen.



Homoseksual dapat digolongkan dalam tiga kategori:
1.Golongan yang secara aktif mencari pasangan ditempat-tempat tertentu.
2.Golongan pasif, ertinya yang menunggu.
3.Golongan situasional yang mungkin bersikap pasif atau melakukan tindakan tertentu.


Ada beberapa jenis homoseksual:
1.Blantant homoseksual, dimana jenis ini dilakukan dengan kaum gay sejati.
2.Desperate homoseksual dimana biasanya lelaki terlibat sudah menikah akan tetapi tetap menjalani kehidupan homoseksualnya dengan bersembunyi daripada isterinya.
3.Secret homoseksual kebanyakan daripada mereka itu termasuk golongan menengah yang berkemampuan. Mereka ini pandai menyembunyikan identiti sehingga tidak seorangpun tahu yang mereka homoseks
4.Situational homoseksual ada kalanya keadaan yang memaksa mereka berbuat demikian. Contoh didalam penjara,asrama dll. Setelah mereka keluar,tingkah laku seksual mereka akan kembali normal, atau juga meneruskan pola kehidupan tersebut.

Bagi yang benar-benar ingin sembuh, kesungguhan motivasi untuk berubah sangatlah menentukan. Kesimpulannya salah satu jalan yang mudah untuk menyembuhkan homoseksual adalah dengan tidak memulakannya. Berubahlah dari sekarang dan nikmatilah hidup ini.Info majalah nona.


Ct bukanlah pembenci golongan gay, itu hak masing-masing. Tetapi sebagai orang Islam, kita tahu golongan homoseksual telah wujud sejak zaman Nabi Luth. Ingatlah azab yang dijatuhkan oleh Allah pada Kaum Luth sungguh hebat, kerana sesungguhnya hubungan sejenis itu adalah dosa besar. Begitu juga dengan Kaum Pompeii yang binasa dari muka bumi oleh bencana yang amat dahsyat

                                                       Tolong vote peserta contest (Klik disini)

10 ulasan:

Unknown berkata...

huhu..seramnya yang jenis berahsia even dah kawen dngan perempuan tu..huhu

ct N honey berkata...

@syaz@rozelt
mmg takut kalau dpt yg mcm tu,jauhkanlah....

Izan Ishak berkata...

kat mesia pun dah terang2 byk wujud golongan macam ni. nauzibillah~

ct N honey berkata...

@Izan Ishak
itu yang terperanjat tu..ada club gay di FB,mmg mereka tak malu

.::: mr IQ :::. berkata...

penyakit ni boleh sembuh jika kembali kepada ISLAM... jika keimanan itu kuat maka insyaAllah, selesai masalah. Motivasi iman itu penting...
(bg sy, sebenarnya kita tiada hak, melainkan semuanya hak Allah. Jadi kalau dikatakan itu hak masing2, jadi mana pergi hak Allah terhadap kita?)
(sekadar pandangan) :)

Diari Anak Perantau berkata...

nauzubillah..

puanbee berkata...

memang ade saudara saya kahwin kemudiab 3 bulan berikutnya bercerai bila di tanay dia cakap husband nya gay hoho naya!

ct N honey berkata...

@puanbeekes mcm tu yg takut tu...tak rela pula nak share dengan orang lain,dah tu share dgn lelaki pulak...

Jendela Hati berkata...

kes naya je suka sesama jenis walaupun dah ada isteri/suami huhu

ct N honey berkata...

@Jendela Hati dah terjebak susah nak berpatah blik.kesian isteri dan anak2,bagaimana nak menghadapi keadaan itu