Selasa, 7 Jun 2011

DVD "Clash of Empires: Battle for Asia"


Filem epik hebat yang diarahkan Yusry Abdul Halim iaitu Hikayat Merong Mahawangsa telah ditukar tajuknya "Clash of Empires: Battle for Asia" oleh pihak pengedarnya di luar negara. Bagi Yusry dia memang rasa kecewa kerana tajuk ‘Clash of The Empires: The Battle For Asia’ itu tidak sesuai dengan cerita yang dipersembahkan. Alasan mereka menukar tajuknya ialah sukar menyebut Hikayat Merong Mahawangsa. Walaupun kecewa dengan penukaran tajuk itu, Yusry mengakui yang dia sangat berpuas hati dengan strategi pemasaran yang dilakukan oleh pengedar di sana.


Walaupun mendapat ulasan negatif dari Amazon.co.uk, Yusry berkata dia tidak merasa tergugat dengan semua kritikan itu kerana menganggap apa yang ditulis oleh pengkritik itu agak tidak adil kerana mereka membandingkannya dengan filem-filem yang mempunyai bajet lebih besar.Banyak filem bagus yang lain mendapat kritikan hebat, tetapi masih boleh meraih kejayaan besar. Kalau nak tahu lebih banyak lagi tentang "Clash of Empires: Battle for Asia" (GUA.com.my) 

Tolong vote peserta 'The Cutest Thing Contest' (Klik sini)



6 ulasan:

♥yaya budak suka embun♥ berkata...

sudah link kan blog anda :)

puanbee berkata...

oo pandai2 tukar hasil seni org kita sampai berbelit sebut juga perkataan susah tu

ct N honey berkata...

@puanbee biasalah bangsa dia tu bukan suka sangat dengan kita,...

ct N honey berkata...

@♥yaya budak suka embun♥
terima kasih.bloglist ct dlm blog lain.yg ada kat dalam blog ni,cuma BFF aje.(yg byk komen)

Jendela Hati berkata...

lor di tuka ke? antu kaklimah balik rumah jugak la yg tak tukar.ikut tajuk ori.

NzA berkata...

rasanya xperlulah tukar tajuk...w.pn camne slang mrk sebut sekurg2nya kita berbangga dgn bahasa kita bila disebut org....

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/