Jumaat, 10 Jun 2011

Gambar akibat pembedahan kosmetik


Demi memastikan penampilan diri menawan dan anggun, ada yang sanggup melaburkan wang beribu-ribu ringgit kepada doktor pakar bedah estetik dan kosmetik. Hakikatnya, ada mereka sanggup melakukan apa saja, termasuk mengetepikan rasa takut atau sakit semata-mata untuk memiliki wajah menawan.

Kesan sampingan akibat pembedahan plastik juga dikatakan tinggi kerana setiap pembedahan plastik yang dilakukan belum 100 peratus akan berjaya seperti mana yang diimpikan. Lebih menakutkan, ia juga boleh mengakibatkan kecacatan pada bahagian yang dibedah dan maut akibat kompilasi yang dihadapi ketika pembedahan.

Banyak kisah tragis kegagalan pembedahan plastik sudah dilaporkan.



Hang Mioku
Pembedahan demi pembedahan dilakukan dan bentuk wajahnya semakin membesar sehinggakan doktor bedah nekad tidak lagi mahu melakukan pembedahan plastik di wajahnya Namun, paling teruk wanita itu sanggup menyuntik sendiri dengan minyak masak apabila kehabisan silikon yang mengakibatkan wajahnya semakin membengkak.

Tidak kurang juga artis dan mereka di Barat yang begitu taksub dengan membedahan kosmetik ini. 

Jocelyn Wildenstein
Dikenal dengan panggilan "Pengantin Wildenstein"dan dipercayai menghabiskan hampir US $ 4.000.000 untuk melakukan semua pembedahan terhadap dirinya.

Pete Burns
Seorang penyanyi terkenal, menghabiskan hampir seluruh wang untuk melakukan pembedahan seperti implan pipi, hidung dan menyuntik extensivepolyacrylamide ke bibirnya
Dennis Avner
Juga dikenali dengan "catman" atau "Stalking Cat". Telah menjalani operasi yang luas luarbiasa untuk kelihatan seperti harimau. Membuat tato yang luas, implan transdermal untuk membolehkan misai dilekatkan, implantsto menukar subdermal bentuk wajah dan membentukkan gigi supaya kelihatan lebih mirip harimau.

Eric Sprague
Eric Sprague dilahirkan pada tahun 1972 adalah salah satu orang pertama yang mempunyai lidah terbelah Beliau telah mengubah dirinya menjadi reptilia dengan membuat tato, tanduk ditanamkan dibahagian kening, giginya menjadi taring tajam dan bermacam-macam lagi.

Donatella Versace
Perancang busana Itali Donatella Versace, telah membuat pembedahan bibir, hidung dan lain-lain prosedur bedah plastik.
Jackie Stallone
Ibu kepada pelakon terkenal Silvester Stallone telah mencuba segala prosedur pembedahan mencantikkan wajah seperti meninggikan alis, implan pipi,hidung dan bibir.

Amanda Lepore
Paling terkenal di dalam dunia transexual. Dia menjalani pembedahan plastik yang pertama pada usia 15 tahun, selepas itu telah membuat bermacam-macam pembedahan sehingga tidak terhitung jumlahnya.

Michaela Romanini
Terkenal kerana penyalahgunaan kolagen. Beliau menggunakan kolagen semasa berumur 40 tahun dan menjadi terkenal selepas itu

Michael Jackson
Semua orang dah tahu tentang perubahan ketara rupa parasnya . Dianggarkan lebih dari 10 operasi hidung telah dilakukan didalam hidupnya dll.

Joan Rivers
Joan telah memiliki operasi plastik yang luas di wajahnya seperti:Facelifts Multiple, angkat alis, botox, implan rahang, operasi hidung beberapa, veneers, blepharoplasty (kerja mata), sedut lemak, implan pipi, implan payudara, dll dll dll ....

Pengakuan artis Malaysia yang melakukan pembedahan dan suntikan botox

Pian Cecupak

pengakuan berani Zahida mengunakan botox

Namun, begitu tidak mampu melenyapkan keinginan wanita tampil lebih menawan menerusi pembedahan kosmetik. Memang tidak dinafikan, ada pembedahan dan suntikan kosmetik membuahkan hasil lumayan, malah ada ketikanya, lebih baik daripada apa yang diimpikan sehingga mengagumkan banyak mata yang memandang dan ada juga yang menghodohkan.

Mari kita vote pula gambar yang cute (Klik disini)

3 ulasan:

puteraduyong berkata...

yang paling gila...si eric sprague...takde yang boleh lawan dia...

Jendela Hati berkata...

menyeramkan...

ct N honey berkata...

@Jendela Hati bagi mereka itulah rupa yg terbaik mereka...