Rabu, 22 Jun 2011

Gantikan rancangan Maharaja Lawak dengan rancangan agama


Abdul Halim Abdul Rahman (Pas Chetok)  mencadangkan supaya slot maharaja Lawak di Astro digantikan dengan ceramah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz kerana rancangan itu tidak menunjukkan manfaat kepada penonton. Sepatutnya sesebuah kandungan rancangan TV itu mengingatkan penonton kepada agama bukan lawak jenaka yang memperbadutkan diri sendiri. Ha..ha..ha...maaflah kalau translate Ct ini tak betul ye. Maklumlah bahasa Inggeris Ct bukan bagus sangat.Tapi kalau nak tahu lebih lanjut Klik sini

Perlu ke dihentikan sekarang? Mengapa isu ini tidak di keluarkan semasa episod 1 Maharaja Lawak tempoh hari? Kenapa baru sekarang? Rasanya tidak adil pula kepada peserta Maharaja Lawak iaitu Kumpulan Sepah, Jambu, Jozan dan Nabil, kerja keras mereka selama ini. Bukan senang hendak bagi orang gelak. Biarlah kita tentukan dulu siapa Juara Maharaja Lawak yang tinggal beberapa hari saja lagi. Lepas tu pihak Astro bolehlah mempertimbangkan isu ini..

Komen anda?.....
Behind every successful men, they each have a journey to share

3 ulasan:

Haikal Blank berkata...

dia kata sebab menjadikan orang lain bahan lawak. normal la tuh.

kenapa tak buang je tv tu terus? drama Nora elena tu ada manfaat ke? tgk aurat orang.

agak2 mana lagi bagus?
maharaja lawak ke drama malaysia?

ok, jom bakar astro reramai. Haramkan astro! kita tengok ceramah 24 jam.

*fadhilah kamsah masa ceramah dia pun cakap dia suka tengok maharaja lawak. Kira sendiri berapa kali JOZAN ajuk suara dia. dia tak marah pun. kenapa orang lain yg lebih2?

puanbee berkata...

hehe.. tinggal satu je lagi episod..

Jendela Hati berkata...

hehe buang tv jalan ateh langit...