Isnin, 6 Jun 2011

Klip video Marilah yang kontroversi sekarang ini




Klip video ini adalah arahan Gambit Saifullah dan nyanyian Prema Yin. Shah Jazle pula sebagai pelakon dalam video ini. Video ini telah menjadi kontroversi ketika ini kerana paparan aksi keterlaluan, berunsur lucah dan penuh sensual. Ct dah tengok dan memang lakonan Prema bersama Shah Jazle dengan bahasa badan dan liuk lentuknya begitu mengghairahkan.




Komen Prima mengenai video ini "kalau ada orang kata saya macam perempuan gatal atau pelacur disebabkan aksi dalam video ini, tolonglah....saya bukan begitu" katanya.


Bagi pengarah video itu pula Gambit Saifullah "Kalau ikutkan boleh saja saya buat benda lain. Tapi bila dengar balik, lagu Marilah mempunyai irama Latin dan berbaur sensual di situ. Jadi tak ada salahnya kalau saya masukkan elemen sensual ke dalam jalan cerita klip video ini. Lagipun saya mengaku yang saya buat klip video ini untuk kepuasan sendiri dan bukan untuk memuaskan hati penonton. Sekurang-kurangnya saya jujur dalam berkarya, tak hipokrit. Saya juga hasilkan klip video ini untuk pasaran luar. Kalau tak dapat kelulusan di sini saya pun tak kisah sebab sasaran saya adalah di Amerika Syarikat" katanya.


Bagi Shahz Jazle, dia tidak menyesal terlibat sebagai pelakon dalam klip video ini." Kalau kita mencari rezeki dengan cara begitu, buat apa kita nak menyesal? Saya cuma berlakon dan ia tidak melibatkan apa-apa hubungan sensual disitu". Shahz juga berasa terkilan kerana masyarakat di negara ini lebih suka menghentam dan mencemuh berbanding memandang sesuatu perkara itu secara positif.

Aksi keterlaluan Shahz Jazle dah tahu - Gambit






Download 6x faster Internet browsing and it is FREE now.



7 ulasan:

Unknown berkata...

huhu..sensual sangat ke nie..lame x komen dekat sini..hehe

SewLove berkata...

Huh nurul dah tgk dah..mmg sexy mexy gile..x lalu nk tgk smpi habis..

Izan Ishak berkata...

ooo...cam ni mmg tak sesuai utk tontonan umum. lagi2lah kanak2. hmmm....tak sanggup nak tgk kan.

Jendela Hati berkata...

mcm2.. kalu camtu soh je dorang pasarkan kat luar terus kalu kat sini tak sesuai...

wfhsln berkata...

entah-entah, gambit pilih jaszle sebab gambit tahu jaszle takkan menolak tawaran macam ni.

gambit ni pon apa lah. -.-

Fariatul Harahap berkata...

nilah artis sekarang..ble org xnk pndg karier dorg, mulalah buat publisiti murahan..tak malu !!

Tanpa Nama berkata...

mak oiii.......ni lelaki mana nak oiii....dia ni islam tak?

suez