Jumaat, 10 Jun 2011

Kod rahsia PEKIDA terbongkar didlm KL Gangster


Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.

Shikin berkata, pihaknya kecewa kerana penerbit filem tersebut iaitu Skop Production dan Metrowealth yang tidak sensitif dengan perkara melibatkan pertubuhan tersebut.

Kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

“Saya kecewa kerana kedua-dua pengarah iaitu Farid Kamil dan Syamsul Yusof tidak sensitif dengan perkara ini. Jika mereka mahu menghasilkan filem seumpama itu, mereka harus meminta nasihat kami terlebih dahulu.

“Mereka seperti mempermainkan perjuangan pertubuhan ini dan tidak menghormati kami sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO). Kami sedar ramai yang masih tidak tahu perjuangan Pekida namun mereka seharusnya ada rasa hormat,” ujarnya kesal.

Komen Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).


Kenapa isu ini tiba-tiba timbul ye?... Kenapa masa tayang  filem Kongsi tak ada pula Shikin Begum tu bising-bising. Agaknya nak mencari publisiti murahan sebab dengarnya KL Gangster mungkin akan mendapat kutipan mencecah RM10 juta.

Agak-agaknya apakah kod rahsia pertubuhan tersebut? Ada sesiapa yang dah tengok KL Gangster?, Bolehlah beritahu kod rahsianya. Kenapa Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) perlukan kod rahsia? Setahu Ct mereka bukanlah pertubuhan kongsi gelap. Musykil juga......
Nak baca lebih lanjut isu ini (Klik sini)


8 ulasan:

Unknown berkata...

saje nak tumpang glamer je tu.. ber k0d2 bagai.. huh..

wrizuan[dot]net berkata...

apa sangat yg dirahsia tuu sehingga boleh kuar dlm wayang hihihi

dilazfamily berkata...

biasalah tu manusia tak boleh tengok orang senang. susah orang melayu nak maju macam nie. apalah nak jadi

ct N honey berkata...

@wrizuan[dot]net ye lah kan..agaknye pekida tu gangster jugak kot? ada juga dengar2 dulu ahli dia suka gaduh2

ct N honey berkata...

@MissCt a.k.a MuqDeq
macam mission imposibel lak..kah..kah..kah..

chegu abbas berkata...

apa da cetek betol la pemikiran mereka...biarlah orang tahu pon...salahkah berkongsi xkan kena join dulu baru tau....hermm...no comment

Tanpa Nama berkata...

harap KDN siasat,....pasal kod rahsia ni....macam boleh mengguat kestabilan politik malaysia.....bengong punya Pekeda kala pergerakan sah apa nak rahsia-rahsia lak...macam gerakan bawah tanah jer...nanti dialak kena saman padan muka...

Tanpa Nama berkata...

Dakwah islamiah konon..takkan dakwah pun pakai kod rahsia..ni..sahih pertubuhan penyamun ni..tukar ajalah nama lain macam "Ali Baba bujang lapuk" ka.."samseng pasar malam" ka.. Yang sebenarnya dia orang ni kumpulan bidaah.Nabi dah kata orang islam tu bersaudara..tapi dia orang ni kena junjung quran baru kira saudara..Pigi..da mabuk kumpulan samseng taik kucing yang kerja tarik kereta, kaki pukul, kaki pau dan macam2 ada. Kalau ramai2 hembus nafas pun keluar api punya berani. Tapi kalau sorang2..telur hilang lari masuk dalam perut. kebanyakan dia orang ni akhlak tak nampak macam kumpulan dakwah pun. kalau tak caya pergi la tengok kat pasar2 malam kat surau orang dok azan dia orang "tiga kilo lima ringgit" "satu barang satu ringgit" Ek aja lebih tapi hampeh tak ada sumbangan apa2 pun kat bangsa melayu, Menyusahkan lagi ada.!