Khamis, 9 Jun 2011

TELEMOVIE 'www.cikgushida.com' tayangan hari raya nanti


Siapa yang tak kenal dengan Cik Shida atau Cikgu Shida. Pelbagai video miliknya menjadi fenomena baru apabila video-video kirimannya menjadi kontroversi dengan pelbagai aksi dan lagu yang dirakamkannya. Ramai yang memberi respon positif dan ada juga respon negatif. Lebih teruk, ada yang menuduh dia gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu. Menurutnya, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.

Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, yang mengajar Bahasa Inggeris dan seorang wanita tempatan boleh meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial dari seluruh dunia melalui klip video miming ‘gila-gila’ yang diciptanya.



Sekarang ini Cik Shida sedang berlakon dalam satu telemovie yang bertajuk 'www.cikgushida.com'. Difahamkan telemovie itu masih dalam pengambaran dan di jangkakan menemui peminatnya pada hari raya pertama di Astro.

Sinopsis Telefilem www.cikgushida.com
Encik Aziz editor suratkhabar ‘Berita Suam’ tertekan kerana penjualan semakin menjunam. Memandangkan hampir kesemua wartawan sudah bercuti untuk Hari Raya, Encik Aziz terpaksa bergantung kepada Baba seorang wartawan veteran dan Lokman selaku jurugambar untuk mencari scoop cerita sensasi. Ketika Baba terkial-kial mencari idea, Lokman mencadangkan Cikgu Shidah yang kini menjadi fenomena Youtube, idea Lokman dipersetujui oleh Encik Aziz. Encik Aziz kemudian memberikan mereka 72 jam, RM300 dan sebuah kereta lama milik syarikat. Jika mereka gagal, mereka akan diberhentikan, jika mereka berjaya mereka akan diberikan cuti seminggu dan bonus Hari Raya. Baba & Lokman menerimanya walaupun tidak serasi bersama. Bermulalah pencarian cerita sensasi mengenai Cikgu Shida yang penuh dengan cabaran dan dugaan.

Lakonan Cikgu Shidah dari Parit, Delimawati, Azad Jasmin, Omar Abdullah, Elly Raja Lawak.

Sedikit ucapan dari Cikgu Shida, "Walaupun dianggap popular sekalipun, kerjaya pendidik adalah keutamaan dan sebati dalam jiwa. Saya tetap akan ke sekolah dan menabur bakti sebagai guru kepada anak bangsa,” katanya.


9 ulasan:

cengkerangcipot berkata...

kahkahkahkah...
sempoi la makcik shida ni..
aha

puanbee berkata...

aiikkk dia dah bukak tudung ke ?

ct N honey berkata...

@puanbee entah lah,mungkin guna rambut palsu kot

Niena Muhammad berkata...

hehe..cikgu shida ni da popular...

Tea Dno berkata...

ish3.. kot ye pn, xkn lah rambut palsu kott.. ish3..

CheguSTALL berkata...

terbaek la....

Jendela Hati berkata...

heheheee

ct N honey berkata...

@Jendela Hati tunggulah nanti cam ne ceritanya

old time sengkuang berkata...

Hidup kak shida walaupon orang cakap memacam sampai bila pon lantak mereka sebab mereka takde bakat dan tak boleh buat macam kak shida. Anyway respek sebab anda adalah tergolong dari orang yang istimewa berbakat yang orang susah nak buat.

Teruskan asahkan bakat share kan keistimewaan mu. Saya tetap menonton dan saya akan sentiasa menyokong anda.

Hidup mesti selalu happy dan menimpa ilmu.

Semoga success.

Old Time Sengkuang
http://oldtimesengkuang.blogspot.com