Jumaat, 29 Julai 2011

Drama bersiri Kasih Alia Slot Akasia TV3

Kasih Alia merupakan drama terbaru sempena bulan ramadhan ini di dalam slot akasia mengantikan drama Dewa Cintaku yang telah pun berakhir Khamis lepas. Akan memulakan siarannya pada 1 Ogos 2011, pukul 7.00 malam di TV3. Bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis. Sebuah dendam yang membara telah mengakibatkan sebuah tragedi yang mengorbankan masa depan 2 orang kanak-kanak yang tidak berdosa. Hanya kerana ibu mereka dianggap sebagai perampas suami, mereka telah ditinggalkan secara sengaja dan terjerumus dalam sindiket menjual kanak-kanak.

Sinopsis:
Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.

Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.

Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.

Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.

Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.

Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.

Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?  


“Kasih Alia” nenampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lainFida juga akan menyanyikan lagu OST dalam Kasih Alia, bertajuk Teriakan Kalbu.



17 ulasan:

NzA berkata...

kenapalah siar pkul 7mlm...hu.hu.hu..

Jendela Hati berkata...

ct, kul 7 masa tu tgh sibuk kat dapur tak pun dah tgh standby kat meja makan hehehe

FaKArePa!n berkata...

sempat r layan jap sebelum bukak pose.. keh3

Amy Amira berkata...

Apasal pulak lah pompuan bertudung jd gedik dah jahat,hu3 mmg x logiklah pompuan bertudung jahat!

Mohamadazhan.com berkata...

kena letak tv kat dapur sambil masak ni.hehe

Unknown berkata...

tak sempat tengok?.. jgn risau.. tonton.com ade punye..

ct N honey berkata...

@NzA
dpt tgk sekejap aje lah

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
semua dah tak sabar nak berbuka kan

ct N honey berkata...

@FaKArePa!n
betul tu...

ct N honey berkata...

@Amy Amira
tak semua cam tu..ada juga yg berselindung disebalik tudung

ct N honey berkata...

@Mohamadazhan.com
ha.ha..ha..jgn hangus nanti sudahlah

ct N honey berkata...

@Sam Banjamin
ye..betul tu..

Tanpa Nama berkata...

Zarina zainoordin ke zarina zainudin?

Tanpa Nama berkata...

bonggol fida tinggi betul dlm citer tu..

elin berkata...

jgn tinggi sgt bonggol 2.....nnti Allah marah..pengrah drama tlg ubah sanggul fida 2...tq

Tanpa Nama berkata...

tudung outer sheila rosly tu cantik. kat mana nak beli? anyone knows???

Tanpa Nama berkata...

tudung outer sheila rosly tu cantik. kat mana nak beli? anyone knows???