Isnin, 25 Julai 2011

Duit syiling baru akan mula di edarkan awal tahun depan


Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan.

Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.



Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan yang berwarna kuning dan perak. Ia juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi membezakan jenis-jenis duit syiling yang berlainan. 

Bank Negara Malaysia mengeluarkan set duit syiling peringatan (BrilliantUncirculated) sebanyak 500,000 dan dijual pada harga RM10.00 bagi setiap set. Akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching.

Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.


Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.
Sulur Kacang

Bunga Melur


Motif orang Asli
Destar Siga
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.bnm.gov.my



17 ulasan:

Baiz Mamat berkata...

NICE!!!SUMBER DARI MANE NI YER?

NoKaKaSHiCHi HowyeaH!! berkata...

style!
5 sen name paling garang...
ahah!

sposen ape name plak??

SueZ berkata...

Wwowwee.,cantik.ni special edition atau jd mata wang kekal ct?

Puan Kutu berkata...

wah best2..sejak hidup dok tgokduit syiling tu jer..nk tgok jugak perubahan duit syiling taun depan.hehe..

ct N honey berkata...

@Mr.Baiz bank negara

teratai berkata...

info yg menarik...sabar menunggu

puanbee berkata...

cantiknya syiling tu ct ..

Flower Detox Tea berkata...

simpan duit syiling lama..nak wat kenangan masa tua nanti..

Amy Amira berkata...

wow,emas tu,hahaha emas kan sistem kewangan islam kan :)

Vidic berkata...

blg gune ke duit kalo da bli???
http://plbgaimacam.blogspot.com

Suzie berkata...

Nice...dulu simpan duit syiling RM1 ada la RM80 tapi kena kebas dek bibik....

ct N honey berkata...

@SueZ
tahun depan akan keluar

ct N honey berkata...

@Puan Kutu
mmg cantikkan

ct N honey berkata...

@Gadis Pantai Timur
bolehlah kumpul dari sekarang

ct N honey berkata...

@PORUMAN
boleh,tapi sayang lah nak guna ini first edition

ct N honey berkata...

@Suzie
dia nak buat apa,tak laku lagi kan

Jendela Hati berkata...

cantik kaler ia...