Sabtu, 23 Julai 2011

Kisah benar luahan hati seorang Ibu mendapat anak pondan

gambar hiasan
Setelah di kurniakan dua cahaya mata perempuan, Saerah berdebar menunggu kelahiran anak ketiga. Kini dia terlalu inginkan anak lelaki. Kadangkala dia termimpi-mimpi  menimang anak lelaki. Dengan bantuan bidan kampung dia selamat melahirkan Hamid di rumah. Saerah bersyukur Tuhan memakbulkan doanya untuk menimang anak lelaki.



Tingkah laku Hamid seperti kanak-kanak lelaki biasa. Bagaimanapun, ketika berusia dua tahun, Hamid suka melihat kakaknya memakai baju. Dia juga cepat merajuk dan menangis. Hamid juga tidak suka bermain dengan kanak-kanak lelaki. Apabila melihat tingkah laku Hamid yang terus menjadi-jadi, saya bertambah risau. Saya melihat alat kelaminnya hampir setiap hari. Saya mencari ubat kampung. Ada kala saya mengurut kemaluannya atau membungkusnya dengan daun sirih bagi mengelakkan angin dan terkena santau. Namun, Hamid tidak menunjukkan sebarang tanda akan sembuh.

Hamid di hantar berkhatan ketika umur 11 tahun. Kami mengharapkan selepas disunat Hamid akan cepat membesar seperti remaja lelaki lain. Malangnya, alat kelaminnya bertambah kecil, lembik dan mengecut. Pada masa sama, dia rajin menolong kerja dapur, membasuh dan mengemas.

Gambar hiasan
Walaupun dipaksa dan dirotan, dia tidak mahu berusaha bergaul dengan remaja lelaki sebayanya. Bagaimanapun, kami tidak lalai dalam mendidik Hamid. Dia dibawa bersembahyang di masjid dan diajar menunaikan tanggungjawabnya sebagai lelaki Islam. Kedua-dua datuknya turut membantu mendidik Hamid. Malah mereka tidak bersetuju Hamid menjalani pembedahan.

Akhirnya Hamid yang agak cemerlang dalam pelajaran berjaya diterima bekerja di jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Dia dihalau ayahnya apabila dia menyatakan hasrat hendak menjalani pembedahan alat kelamin dan menjadi wanita sejati.

Hati saya sebak. Saya takut Hamid memilih jalan sesat. Ayahnya begitu keras, tidak mahu berlembut. Tanpa pengetahuan ayahnya, dia masih menghubungi saya dan menghantar wang belanja adik-adiknya. Sepanjang enam tahun Hamid meninggalkan rumah, dia tidak pernah pulang.

Kami merinduinya. Apabila dia ada, rumah sentiasa kemas dan cantik. Makan dan manisan sentiasa disediakan. Menerusi suratnya, saya tahu dia selamat di Kuala Lumpur dan saya dimaklumkan dia sudah membeli rumah.

Sebagai ibu, saya mahu menziarahi dan melihat keadaanya. Tetapi saya tidak berdaya kerana ayahnya sudah memberi kata dua. Saya akan diceraikan. Saya terpaksa memilih. Antara anak, keluarga dan talak, ketiga-tiganya sama penting.

Apabila ayahnya sakit tenat dan atas nasihat Hamid, dia dimasukkan ke hospital terkemuka di Kuala Lumpur. Walaupun begitu Hamid tidak dibenarkan melawatnya. Ayahnya masih berkeras dan tidak mahu memaafkannya.

Hamid hanya menangis melihat keadaan ayahnya dari jauh. Lebih empat bulan ayahnya terlantar di hospital. Saya yang menemaninya setiap hari menasihatkan dia supaya memaafkan Hamid. Saya tahu dia masih sayangkan Hamid. Tetapi dia kecewa Hamid tidak seperti lelaki lain.

Keadaan ayahnya semakin membimbangkan. Sehari sebelum dia meninggal, juga bersamaan tarikh lahir Hamid, ayahnya tiba-tiba mahu melihat Hamid. Ayahnya menangis sementara tangan kanannya yang sudah tidak bermaya mendapatkan tangan Hamid. Mereka berdua berpelukan. Suasana haru dan pilu. Sebelum dia menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat meninggalkan pesanan bertulis dan memberi kebenaran untuk membolehkan Hamid menjalani pembedahan dengan syarat dia tidak menyeleweng daripada akidah Islam.

Selepas mendapat pandangan pakar perubatan Hospital Universiti, Kuala Lumpur dan tokoh agama, Hamid selamat menjalani pembedahan pada 13 November di hospital terkemuka di Bangkok, enam bulan selepasnya ayahnya meninggal dunia. Kini sudah hampir empat tahun Hamid (dikenali sebagai Hamidah) menjalani hidupnya sebagai perempuan. Saya bersyukur imannya teguh dan dia tidak berpeleseran seperti pondan lain.

Selepas ini kita ikuti pengalaman Hamid a.k.a Hamidah bagaimana pengalaman ngerinya menjalani pembedahan menukar jantina.

23 ulasan:

rafina mimi abdullah berkata...

alahai hamid..zaman sekarang memang dah banyak sangat perempuan nak jadi lelaki dan lelaki nak jadi perempuan sampai ada yg sanggup tuko jantina..

Affan berkata...

ayah die redha die tukar jantina? siap bg kebenaran bertulis lagi tu. pfftt

LynnAiza berkata...

how come bapak dia izinkan.*sighhhh...

Azeda Ahmad berkata...

mcm mana pown dalm kubur nt nama hamid yg dipnggil...

Tanpa Nama berkata...

Tanda-tanda akhir zaman. Haish. Macam2 yang berlaku akhir zaman ni.

Tea Dno berkata...

pfftt. bapaknya izinkan. hmm.

walau tak berfungsi sekalipun. dia dh dilahirkan sbg lelaki. dan harus hidup sebagai lelaki. bukannya tukar jd perempuan terus. hmm.

FaKArePa!n berkata...

tak tau nak kata ape

Amir Aidid berkata...

secara die sakit kann ? ame ada baca part , kemaluan die semakin kecut dan mengecil . tu sebab die sakit kann ?

thats why die nak buat pembedahan tu kann ?

Puan Kutu berkata...

adoi merelakan jer?tak berdosa ker?dia bukan khunsa kan?memang dilahirkan lelaki kan?walaupun kemaluan dia makin kecik dan mengecil, dia tetap lelaki kan?

epics berkata...

erk. ni cerita betul ke drama tv?

Ct Aja berkata...

kalau sbb sakit,ape hukumnya?? harus ke haram yerk??

NzA berkata...

hamid ttp lelaki...camne ayahnya boleh benarkan.

noorfatinie berkata...

sifat kprempuanan dia terserlah lai kot pd sifat kelelakian dy..tp tu xbrmakna, kena tukar jantina.. tapi yg musykil, dy dah g bsoal jawab ngan pihak agama sblum wat pmbedahan ni kan..

Unknown berkata...

pelik la,,,ayah dy bagi tapi asalkan jgn menyeleweng dari akidah Islam,,,
tukar jantina tu dah myeleweng dari akidah Islam la tu,,,
HATOYAIII,,,,

ct N honey berkata...

@epics ini bukan drama tapi,mmg kisah benar ct ambil dari majalah jelita edisi golongan musykil..cuma namanya bukan nama sebenar..

Yatt S. berkata...

tak berani nak bagi ulasan sebab tak arif dalam bidang ni.

Farah Shamsudin berkata...

erm.. susah nak komen .. tak tahu nak kata apee...

Kuazue Mohamad berkata...

piki2 punya piki... esok2 bila anak2 dah besau.. perlu idak kita bertanya.. "maaf bertanya... ekau nie nak bebetul tulen atau idak? jgn salah paham.. skrg nie ramai sgt yg suka menukar asal kejadian.."
guano... harus tak bertanya nie??

ct N honey berkata...

@Kuazue Mohamad rasanya sebagai ibu akan tahu sekilas perangai anak yg lain mcm aje dari biasa..hrp2 jgnlah jadi mcm ni

Nur Fajariah berkata...

boleh plak kan ayh dia bagi...mcm2.huhu..dunia akhir zaman
>.<

cik azeya berkata...

macam macam yang jadik skrg ni..kalau saye ditempat emak tersebut, tak tahu nak buat ape.blur.

anjasmara berkata...

Nama sy Kalsom umor dlm 58thn skg...arwah suami kalo masij hidup umor skg 68thn... kami ada 5 org anak 3 laki 2 perempuan..anak saya yg nombor 4 seorang pondang..pakai mcm perempuan dgn gincu bedak n bagai...mula2 saya n suami benci n halau dia..lepas ayah dia sakit tenat n kami kesempitan wang 4 orang anak saya yg laki n perempuan semuanya derhaka n x mahu membantu apatah lg nk menjaga ayahnya yg sakit...syukur, walaupun anak saya Karim ialah seorang pondan, dialah hg jg kebajikan saya n arwah suami dr hujung rambut sampai hujung kaki..apa yg nak saya bg tahu bukan semua anak pondan tu jahat atau xberguna..anak saya walaupun pondan kerjanya ialah seorg pakar bedah di hospital swasta... walau dia pondan saya lihat dia sentiasa bersolat...kerap juga puasa sunat... saya percaya banyak makayah luar sana rasa malu jika ada anak pondan... kita nasihatkan dia utk berubah tp kalo dia berkeras jgn la smp kita membuangnya..kita kena fikir semua anak adalah sama... xsemestinya jika anak kita normal anak kita akan mampu jaga kita masa kita sakit atau ditimpa kesusahan... pondan2 pun makluk Allah juga...

anjasmara berkata...

Nak tambah lagi 1...saya ada 5anak semuanya..4 anak saya normal...keempat2 semua anak tanggang...tinggal yg 1 yg x normal sb pondan...dia pondan tp dia anak yg tahu kenang budi...anak yg tabur jasa pada org tua... yg bila dimarah dimaki dihamun oleh saya n suami sblm xpernah melawan atau meninggi suara...anak yg pernah dipukul dgn penyapu oleh saya dan diterajang oleh ayah n abang2nya sb nk jd pondan..tp bila sy n arwah suami tua, xlarat, sakit dan terhimpit dgn masalah kewangan, anak pondan tu la yg ambik kami bawa kerumahnya..tatang kami bagai minyak penuh... dia anak syurga bg saya.. jgn sekali2 kita cerca sesiapa pn..kalo kita pondan tu masuk neraka, kita semua2 ni kompom ke masuk ke syurga? Ada guarantee letter dr tuhan?