Dapatkan Handmade Bag ct N honey Dengan Berbagai Corak & Warna

Ahad, 24 Julai 2011

Peserta dari Malaysia jadi johan Qari, Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53


Qari dan Qariah dari Malaysia, Amirrahman Abas dan Suraya Abu Hassan masing-masing dinobatkan sebagai johan qari dan qariah Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-53 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.



Dengan kemenangan itu, mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM32,200, piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu''adzam Shah.


Baru-baru ini, Amirrahman dan Suraya muncul johan pada majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-54 di Kuching, Sarawak.

Johan qari memperoleh pungutan markah sebanyak 89.26 peratus manakala johan qariah mendapat 88.33 peratus.

Sementara itu, Saudi M Gandisa dari Filipina (88.67 peratus) dan Noor Khalidah Kaspul Anwar (88.30 peratus) dari Indonesia masing-masing muncul sebagai naib johan qari dan qariah yang melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

Tempat ketiga pula dimenangi qari dari Mesir iaitu Abdel Bast Mohamed (87.88 peratus) dan qariah dari Singapura Nur Azizah Sholichin (86.17 peratus) yang melayakkan mereka membawa pulang wang tunai RM13,600, cenderamata serta sijil penyertaan.

Peserta menerima hadiah saguhati iaitu wang tunai RM4,800, cenderamata dan sijil penyertaan.
Majlis tilawah yang bertemakan ''Persefahaman Asas Perpaduan Ummah'' itu berlangsung selama lapan malam sejak 16 Julai lalu dan disertai 81 peserta termasuk 50 qari, dari 50 negara termasuk Sri Lanka, Sudan, Thailand, Senegal serta Gambia.

Sementara itu, Amirrahman,29, yang bertugas sebagai guru agama di Sekolah Menengah Agama Persekutuan, Labu, Negeri Sembilan ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau amat bersyukur dengan kejayaan itu meskipun kurang sihat pada hari pembacaan sekaligus dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

"Saya amat terharu dengan kemenangan itu selepas empat kali menyertai pertandingan itu di peringkat kebangsaan sejak 2001 hingga melayakkan diri menjadi johan di peringkat antarabangsa pula," katanya.

Beliau berkata, kemenangan itu akan menjadi pendorong mendidik generasi muda agar bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu Al-Quran.

Manakala, Suraya, 39, juga mengakui tidak menduga akan mendapat kejayaan itu setelah menjadi johan qariah pada peringkat kebangsaan dan pernah mendapat tempat naib johan peringkat antarabangsa pada 2002.

"Cita-cita saya tercapai untuk menjulang kejuaraan pada peringkat antarabangsa selepas berehat dari bidang tilawah selama sembilan tahun," katanya yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis itu juga dihadiri Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya, Datuk Dr Mashitah Ibrahim. 

Majlis tilawah itu diadili 15 Jemaah Hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha, manakala timbalannya ialah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Razali Shahabuddin.


6 lebah buat bising:

Citarasa Rinduan berkata...

tahniah utk pemenang...

syukur, malaysia mengulangi semula kemenangan berganda seperti tahun 2007

Umedia Network berkata...

Tahniah buat pemenang!!! Nice info. :)

Suzie berkata...

Tonton juga semalam semasa Qari baca semula memang sedap dapat tepukan gemuruh lagi ...Tahniah...bila la nak dapat mengaji sedap macam tu ....

DuniaSangSuri berkata...

syabas pd pemenang!!!

program mcm nilah yg kita perlu... bkn hanya menumpu pd program hiburan semata...

pandai nyanyi tak sama pandai ngaji...hehehehe..

Ummi Hanie @ AnNisa Fadzil berkata...

tahniah qari qariah malaysia ... mantop ;)

puanbee berkata...

tahniah .. bee tk sempat nk ikut pertandingan ni adoii