Jumaat, 29 Julai 2011

Suka bertukar duka dan penghargaan buat mereka

Sebelum itu bagi yang selalu hinggap di blog ct N honey mesti perasan akan perubahan yang drastik di dalam blog ini. ini bukan kerelaan dari Ct sendiri, tapi di sebabkan kegatalan Ct yang suka mengklik benda yang tak sepatutnya.Sebenarnya ini kejadian petang hari rabu.



Selalunya Ct memang suka check traffic di Nuffnang di waktu petang. Tiba-tiba terperanjat tengok BE Ct, dah banyak, dari RM 8.95 tiba-tiba dapat RM 30.95.  Mungkin bagi yang dah lama jadi blogger dah tak kisah dapat BE sebanyak itu, tapi bagi Ct yang belum setahun ini, itu satu pencapaian yang membanggakan bagi Ct.



Alhamdulillah traffic Ct sejak kebelakangan ini pun nampak sibuk sikit. Kalau dulu nak cecah 200 UV sehari pun susah. Ini semua berkat buat blogwalking dan ping sana sini. Terima kasih juga kepada yang selalu datang membaca entry terkini Ct, terutama pengomen tegar di blog ct N honey seperti  jendelahatipuanbee,Nza dan juga kawan baru umedianetwork. Tidak lupa juga kepada mereka yang suka klik like di FB Jue FirdEudora Priscilla dan ramai lagi.

 
Tinggal kenangan
Di sebabkan perkara di atas lah Ct ingin mengup grade kan blog Ct. Dari segmen review puanbee, dan wowberita, tempoh hari, ada di beritahu blog Ct ni lambat nak loading. Kesian pula bagi mereka yang datang ke blog Ct menunggu lama, silap-silap langsung tak boleh loading. Jadi petang semalam tu Ct cubalah mengodek-godek sana-sini, tersilap godek terklik template klasik. Apalagi gabra lah Ct, sampaikan anak nak mandi dan makan pun menangis sebab ibunya sibuk dengan blog. Akhirnya setelah tension sampai ke pagi, ini ajelah yang termampu Ct buat dalam blog ct N honey setakat ini. Rupanya memang banyak kerja nak dibuat semula. Kira-kiranya blog Ct ni macam baru dibuat semalam lah kaedahnya. Kena cari blog tutorial lah  seperti whiteymommytutorial bloggerteknikbuatblog dan ramai lagi sebenarnya. Kalau sesiapa yang buat blog tutorial tinggalkan lah link di kotak komen, bolehlah Ct datang terjah. Rasanya ini akan jadi hujung minggu yang sibuklah buat Ct.

Aduhai......

Jika anda berumur atas 21 tahun, jom join XPlay Event

11 ulasan:

Elih Japahar berkata...

wahhh!hebatnya trafik blog ni..income pun semakin meningkat..:) all the best k..

puanbee berkata...

traffic dah tinggi bagus tu ct , berkat usaha sendiri jugak kan.. tak pe CT blog simple2 je traffic kebaabom hehe... masukkan meta tag alexa dan meta tag keyword tu yg penting .. kat blog bee ada tutor tu

SueZ berkata...

Siti, Tahniah...best kan...su pun suka baca entry siti..hari2 datang,,tau kenapa..sebab siti nyer entry selalu pasal latest issue dan news...tu yang suka..hihihi

Irfa berkata...

hebat..sy mmg tak reti psl mende ni :-( dan juga malas nak godek.
nanti ilang sy gak yg susah

Suzie berkata...

CT...tak faham la bab-bab trafik dan duit-duit.malas nak godek-godek.bestkan dapat duit biar dimata orang sikit tapi kita yang merasa memang rasa besar ...

NzA berkata...

wow, hebat tu CT tahniah..akak mmg sukasinggah blog CT n baca n3 kt sini, cuma trkdg smpat komen n trkdg xsmpt tinggALKAN jejak...apapn terima kasih atas ucapan pnghargaan nie....

Tanpa Nama berkata...

Ct !!! Sorry lah sebab baru komen. hee. Baru buka blog pun. hhuu. Tq ye CT. :)

Ummi Hanie berkata...

tahniah dpt trafik tinggi dan peningkatan income ...

xpele berubah wajah sikit ct ..

Jendela Hati berkata...

wah, tahniah ct. semuga lebih success lagi dalam bidang blog nie...lebihkan usaha lagi ye.

apa2 pun terimakasih byk atas perhargaan ct tu. terharu pulak rasanya...

Jue berkata...

alah..terharu..nama jue terselit sekali..thanks kak..well done!!

alongxp berkata...

waaaa...tahniah, peningkatan yang terbaek... keep it up,jgn putus asa...