Jumaat, 5 Ogos 2011

Kami tidak di jodohkan bersama-Ally Iskandar


Desas-desus mengenai pertunangan Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang berada di ambang peretakan sekitar minggu lepas akhirnya terjawab jua. Selepas 5 bulan, pertunangan antara Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang diikat pada 11 Februari 2011 telah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah memutuskan ikatan tersebut pada 30 Julai 2011, Sabtu lepas.



Ally Iskandar yang ditemui ketika rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam berkata keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Aisyah, sekitar 2 minggu lepas.

“Keluarga saya bertemu dengan keluarga Aisyah untuk memutuskan tali pertunangan kami pada hari Sabtu lepas, bersamaan 30 Julai 2011 di Ampang, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, saya & Aisyah sudah berbincang mengenai perkara tersebut seminggu sebelum tarikh putusnya pertunangan kami.

“Kami berdua dengan rela hati memutuskan pertunangan ini dengan cara baik serta mengikut adat Melayu. Mungkin, kami berdua mempunyai kelemahan masing-masing. Jujur kata, putusnya pertunangan ini bukan disebabkan perkara-perkara sensasi seperti kehadiran orang ketiga. Cuma, kami tidak mempunyai keserasian & kesefahaman, tiada jodoh,” kata Ally Iskandar menjawab pertanyaan media mengenai sebab-sebab putus tunang.

Walau bagaimanapun, Ally Iskandar menyatakan dia sebenarnya berat hati untuk memutuskan pertunangan tersebut.

“Perkara ini amat berat kerana saya sudah bayangkan Aisyah sebagai bakal isteri. Saya agak kecewa & sedih kerana hubungan yang dirancang tidak menjadi. Lagipun, saya sudah berumur 35 tahun & lama membujang, sekarang sudah bersedia nak kahwin. Kami berdua cuba memberikan tempoh untuk memperbaiki hubungan, namun tidak boleh juga.

“Kami tidak pernah bergaduh besar. Malah, semasa rakaman Mentor dulu pun Aisyah selalu menemani saya. Cuma, sudah ditakdirkan kami tidak dijodohkan bersama.Setakat ini, hubungan kami berdua okay,” jelas Ally Iskandar mengenai status hubungannya dengan Aisyah selepas putusnya pertunangan mereka.

Ally Iskandar juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan pertunangannya dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang terjadi baru-baru ini.

“Saya meminta orang ramai supaya jangan menganggap situasi ini sebagai sesuatu yang buruk. Apa yang berlaku kepada saya adalah kebetulan semata-mata. Krisis pertunangan saya memang tiada kaitan dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang berlaku tempoh hari.

“Alhamdullilah, keluarga kedua-dua pihak faham & terima keputusan kami. Buat masa ini, saya ingin memberikan fokus terhadap kareer. Walaupun keputusan yang dibuat itu berat, tapi saya akur jodoh itu ketentuan tuhan,” kata Ally Iskandar mengakhiri temubualnya bersama pihak media.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ermm. Macam2 lah sekarang ni. Macam tren putus tunang pula. huhu. Nice info. :)

Suzie berkata...

Tak pe kan tak ada jodoh .....

FaKArePa!n berkata...

kalau dh takde jdoh.. putus d tgh jln la jwb nya..

qaseh tia berkata...

haihh mcm2...org byk duit mmg cmtu..tunang putus..kawin cerai..hehehhehe

cik pha berkata...

mungkin Allah nk bagi pasangan lagi hebat dari ni..

mamawana berkata...

Assalam,

Ally kena muhasabah diri. Kelak pasti dpt jodoh yg berganda lebih baik. Ins'allah

MH8625 berkata...

@Umedia Network Kalau trend mcm ni yang tak larat sebenarnya.. Sedih!