Sabtu, 27 Ogos 2011

Siapa AIBKAN siapa?-Untuk pengomen yang tak sayang mulut.

Siapa tengok Galaksi malam tadi? Ct tak dapat tengoklah, maklumlah semenjak tidak melanggan Astro, bila hujan aje gambar TV tak clear jadi dari sakit mata, elok tak payah tengok. Sebenarnya Ct baru baca blog Nas Ahmad, penerbit dan wartawan yang suka terjah tu, mengenai isu status wall dia seperti di atas. Ct rasa dua tiga hari lepas Ct sempat baca komen dari mereka mengenai isu tersebut. Sekadar membaca, tak ambil pusing sangat pun komen-komen mereka. Tapi bila baca luahan hati Nas.. "nah ambik kau..." bagi pengomen yang tak sayang mulut tu, bila Nas balas balik. Rasanya komen yang tak sayang mulut tu dah di delete oleh Nas. Salah satu ialah

Harlina Binti Ahya Ulumuddin
Terfikir dengan HUKUM KARMA ALLAH..Semua manusia mlakukan ksilapan. Mungkin Nas Ahmad x pernah lakukan kesilapan sbb tu dia x takut buka aib org...sbb dia xda aib yg Allah akan buka nanti kot..Tapi terfikirkah aib mak bapak, adik bradik dia.. anak branak dia org terjah plak..Makan x habis dikala itu.mana nak tutup muka..pastikah shingga mati org x buka aib Nas Ahmad langsung..? takut dbuka smasa tua/pencen...jam tu bmbang dludah org bila k surau/masjid...eee..takuuutt dgn karma Allah...Hentikanlah kerja mbuka aib org...Bimbang x berdaya trima takdir Allah nanti...

Komen Nas Ahmad pula
Saya boleh bersabar jika saya dikutuk, dimarah, dicemuh, dan sebagainya, tetapi maaf ye saya tersentuh hati bila Harlina mengaitkan dengan mak dan bapak saya juga sedangkan mereka berdua sudah lama bersemadi di pusara!. Mengapa kaitkan mereka kalau pun marah pada saya?. Pernahkah saya menguris hati anda dalam seumur hidup anda sedangkan kita tak pernah kenal / bersua pun!.
Apa yang Ct dapat tahu sebenarnya cerita artis gugurkan anak tu, cumalah gimik dari Galaksi TV9. Cerita tu pun tak betul kerana artis tu kena tuduh aje. Jadi sebagai akhir bicara bila meninggalkan komen di mana-mana  sila beri komen dengan berhemah dan fikir dulu hati orang yang membaca komen anda tersebut. Kalau mahu baca lagi bolehlah ke blog Nas Ahmad atau kalau nak tengok Galaksi terbaru bolehlah ke tonton. Bye..hari ini nak balik kampung. Selamat Hari Raya dari Ct sekeluarga.

5 ulasan:

Gen Fujita berkata...

Dari apa yang aku baca kat kenyataan tu, sejak bila pulak Harlina mengaitkan mak bapak Nas Ahmad?

"Tapi terfikirkah aib mak bapak, adik bradik dia.."

Harlina kata mak bapak mereka yang diaibkan, bukan mak bapak Nas Ahmad. Adakah mamat itu melenting dengan tidak membaca kenyataan Harlina secara teliti kerana terlalu terikut-ikut emosi? Whatever. Falasi adalah satu taktik biasa untuk memenangi sesuatu pertikaman lidah.

Nur berkata...

tak tengok galaksi dan kurang tonton dah rancangan hiburan macam melodi. Jadi tak dapat nak komen. Baik buat benda lain. Seperti kueh raya? :) Selamat hari raya, ct. Hati-hati di jalan raya.

Jendela Hati berkata...

hal yg melibatkan perasaan dan emosi huhu... pi mai pi mai tang tu jugak...

beluncas ^.^ berkata...

hahah . macam2 lhaa . hemmm

juanita berkata...

tak tgk galaksi..aduhh..buat apa la dipanjang2 kan kisah artis tu...aduh2