Khamis, 11 Ogos 2011

Telefilem pertama UUM-Diari Kampus Biru(cinta merentasi dua negara)

ILMU bukan saja medium terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan, malah boleh merapatkan hubungan antara negara dan itulah yang cuba dilakukan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang bakal melahirkan telefilem pertama dengan judul Diari Kampus Biru.



UUM menggunakan khidmat pengarah yang sudah melahirkan banyak karya bernilai, Murali Abdullah, penulis skrip Nassarudin Abdul Rasif@ Ramli dan telefilem ini terbitan UNIUTAMA Management Holding Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh UUM dan UNIUTAMA Film Studio selaku Penerbit Eksekutif.
Dijangkakan 30 peratus penggambaran telefilem itu dijalankan di Indonesia, salah satu tempatnya ialah Lake Toba, Medan, Bandung, Sumatera Utara Indonesia dan di sekitar negeri Kedah.
Diari Kampus Biru yang diilhamkan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak merupakan sebuah sinetron ringkas hubungan percintaan antara pelajar Zakhrul (Tomok) dan Aisha (Fita Angela) di sebuah universiti di Malaysia dan Indonesia yang berdepan dengan pelbagai konflik antara penerimaan keluarga, penolakan atmosfera masyarakat dan paradoks cinta benci-sayang merentasi dua negara
Drama Diari Kampus Biru yang melibatkan kos perbelanjaan kira-kira RM100,000 itu juga mengetengahkan barisan pelakon tempatan seperti Wan Maimunah, Wan Nor Azlin dan Tomok selain penampilan bintang sinetron dari Indonesia, Fita Angela.
Lagu Cintaku Di Indonesia dipilih menjadi runut bunyi telefilem Diari Kampus Biru




 

10 ulasan:

puanbee berkata...

tomok ye .. nak tengok nanti :)

Cik Bambam berkata...

wwahhhhh...dekat UUM ker.. kampuskuuu~! :P

Pha Is berkata...

tahniah sebab berjaya membuatkan aku tertarik untuk tengok cerita ni... hehehe.. nice...

anangsue@mamajnjnj berkata...

boleh ngimbau balik tgk lokasi uum hehee

recky berkata...

di indonesia bisa ditayangkan gak ni ? salam ya dari orang indonesia

ct N honey berkata...

@puanbee
peminat tomok ye pbee...kat tv mana bersiaran pihak uum belum tentukan lagi,kita tunggu aje lah nanti

ct N honey berkata...

@b a m b a m ' s
tak pernah nampak ke mereka buat shooting?

ct N honey berkata...

@pha is
kita tunggu bila siarannya ye

ct N honey berkata...

@anangsue@mamajnjnj
tentu teringat kenangan kat sanakan...

ct N honey berkata...

@recky djayoesman
terima kasih kerana sudi baca di blog ini,salam perkenalan.tayangannya belum dipastikan lagi sebab shooting pun belum habis sepenuhnya..