Ahad, 14 Ogos 2011

Telefilem Pintu Sakaratul Maut-Astro Prima


Sempena bulan Ramadan ini banyak juga drama atau telefilem yang berunsurkan keagamaan dan pengajaran. Salah satunya minggu lepas Berselindung disebalik Kaabah Memang best betul cerita tu. Selalunya waktu macam tu Ct dah tidur, tapi bila tengok Zarina AF berlakon bawa watak jahat celik mata jadinya. Untuk minggu ini pula Astro Prima telah menyediakan satu lagi telefilem yang bertajuk Pintu Sakaratul Maut.

Telefilem Pintu Sakaratul Maut
14 Ogos 2011, Ahad, 10.00 malam

Barisan pelakon: Razak Ahmad, Rozie Rashid, Arash Mohd, Sharifah Shahora, Syed Ali dan Mas Muharni
Haji Rauf adalah seorang Imam yang dihormati dan disegani oleh penduduk kampong. Apabila beliau sibuk menyelenggarakan perkahwinan anak perempuannya; adik-adiknya, Yazid dan Rahmah enggan pulang apatah lagi untuk bertanya. Sikap adik-adiknya menjadi tandatanya penduduk kampong sehingga ada yang mencemuh sikap mereka kerana tidak berterima kasih kepada abangnya yang telah banyak berkorban membesar mereka ketika di zaman kecil. Namun semuanya ini disanggah dan terlerailah satu persatu kisah sebenar tentang Haji Rauf, apabila beliau jatuh sakit dan ketika di waktu nazak. Yazid dan Rahmah berjauh hati dengan Haji Rauf ekoran daripada sebidang tanah wasiat, peninggalan neneknya yang sepatutnya diagihkan sama rata sesama mereka. Namun, tanggungjawab dan amanah tersebut diabaikan sama sekali oleh Haji Rauf. Adakah ketika di saat nazaknya Haji Rauf mendapat pengampunan daripada adik-adiknya atau dibiarkan bersemadi bersama dosa-dosa lampaunya, meskipun beliau adalah seorang Imam?
Semoga kita akan mendapat pengajaran dari cerita ini.

5 ulasan:

Suzie berkata...

Ada tengok juga promosi kat Astro tapi tak tahu ingat ke tak nak tengok

Jendela Hati berkata...

tgk masa iklan mcm best aje. tgk razak ahmad teringat kat cite geng mengaji, terkekeh2 satu famili tgk

NzA berkata...

baguslah kalau siarkan cerita2 yg boleh menyedarkan kita

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
anak ct pun suka tgk geng mengaji tu kelakar,bdk2 yg berlakon tu pun comel..

Tanpa Nama berkata...

slm..tumpg tanya..apa tajuk lagu tema telefilem pintu sakaratul-maut ni ea?? :)