Ahad, 7 Ogos 2011

Tidak dapat bantuan Baitulmal Ibu tunggal terima bantuan gereja


Seorang lagi mangsa mendedahkan bagaimana dia dipujuk secara berterusan untuk mendekati gereja walaupun selepas membuat keputusan untuk tidak lagi menerima bantuan kewangan yang dihulurkan gereja terbabit di Rahang, Seremban dekat sini sejak Disember lalu.



Wanita yang ingin dikenali sebagai Nur, 40, berkata pada mulanya dia sanggup menerima bantuan yang dihulurkan gereja terbabit bagi memastikan empat anak perempuannya berusia lima hingga 12 tahun meneruskan kehidupan, selepas gagal mendapat bantuan berterusan daripada Baitulmal.
Katanya, pada mulanya dia berat hati tetapi selepas memikirkan nasib anak-anak yang masih bersekolah, dia menerima bantuan dihulurkan dalam bentuk makanan keperluan harian setiap bulan sejak April tahun lalu.



“Setiap bulan pihak gereja itu akan telefon dua hingga tiga kali untuk bertanyakan khabar. Mereka juga tidak lupa bertanyakan masalah dihadapi.

“Mereka turut menawarkan supaya saya dan anak-anak tinggal di asrama yang disediakan di pusat ibadah itu dan sanggup menanggung segala keperluan kami anak beranak termasuk keperluan persekolahan tapi saya menolak.

“Bagaimanapun, sejak Januari lalu, saya turut menolak semua bantuan yang diberikan setiap bulan memandangkan jiran sudah memandang serong,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Ampangan, di sini, semalam.






Nur berkata, sejak berhenti kerja sebagai pembantu akaun pada 2008 akibat masalah kesihatan, antaranya asma yang teruk, darah tinggi dan kencing manis, dia masih perlu mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak memandangkan suami lalai memberi nafkah.
Katanya, selain meminta ihsan saudara mara, dia turut menjalankan beberapa pekerjaan seperti membantu rakan menjual makanan kesihatan, makanan segera dan juga buku sekolah tadika.

“Namun sejak pengsan beberapa kali bulan lalu ketika menghantar buku ke sekolah tadika, saya tidak lagi bekerja. Saya cuba mendapatkan bantuan Baitulmal sekali lagi namun mereka memberi pelbagai alasan, antaranya saya pernah mendapat bantuan sebelum ini.

“Saya mengaku memang pernah dapat bantuan sebelum ini tetapi sekali saja. Kini saya sedang memikirkan sama ada mahu menerima sekali lagi tawaran daripada pusat ibadah itu atau tidak memandangkan mereka kerap telefon bertanyakan khabar dan menawarkan apa saja bantuan yang diperlukan,” katanya.bharian

Promosi besar-besaran untuk pakaian kanak-kanak, keperluan harian, barangan wanitakecantikkan, dan barangan Elektrik. Jadikan Hari Raya anda paling meriah tahun ini.

10 ulasan:

sara zainol berkata...

ya Allah, perlu kah menerima bantuan pihak gereja walau erdesak sekalipon.. harap2 saudara kita itu tidak tersimpang jlnnye.. :)

HARITH ISKANDAR berkata...

salah baitulmal or pusat zakat jugak ..kalau betul dia minta bantuan la tp xdpt.patut kene tegas sikit ni.kesian kat dia.

ECAH~ berkata...

harapnya niat baik pihak gereja nak memberi bantuan sahaja..tak de niat buruk lain.
kuatkan iman kepada akak n anak2 nya..

cik pha berkata...

semoga diaa tak tergelincir sudah..nauzubillah lah..kesian jugak kat dia..tp takperlu rasanya sampai kesitu

Jendela Hati berkata...

desakan idup bole buat org jd camnie ye. xdpt baitumal xkan kat gereja nak dicari...huhu mcm2..kesian pun ye.hrp apa yg dia pinta akan ditunaikan.

Amirul Amin berkata...

kesiann..

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
mungkin dia pun tak nak jadi mcm tu,tapi terpaksa(ct dah ada video baru pasal iklan ramadan tv8 yg tak dpt tgk hari tu)

amry berkata...

saya ada pendapat saya sendiri pasal isu ni.... :(

Tanpa Nama berkata...

bila dah susah dn terdesak semua orang sanggup buat apa sahaja. Apatah lagi seorang ibu melihat anak yang tak punyai apa - apa sahaja akan di usahakan mencarinay walau di ceruk mana sekalipun.. Hanya mereka yg susah memahami naluri kesusahan dan kepayahan org lain

Quick berkata...

Zakat yg kita byr adalah utk kegunaan sesama islam, knapa perkara sbgini ble blaku? knapa pihak bukan islam pula yg mberikan bantuan???. Ibu tunggal dan org susah perlu dibantu, harap pihak bertanggubgjawab sedar sikit, duit zakat berjuta-juta.

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/