Rabu, 3 Ogos 2011

Trailer dan sinopsis Filem Klip 3GP


Bila tengok trailernya memang suspen betul. 3GP, sejenis format video yang sering dikaitkan dengan kegiatan merakam adegan seks melalui handphone oleh individu yang tidak bertanggungjawab atas sebab-sebab tertentu. Ada yang ingin menjadikannya sebagai koleksi peribadi, ada yang gunakan untuk tujuan mengugut.



Salah seorang pelakonnya iaitu Mimi O.N.E dengarnya dalam filem ini telah beraksi bogel dan lakonan Mimi dipuji kerana pandai membawa watak perempuan jahat seolah-olah dia sudah lama berlakon. Dalam filem Klip 3GP Mimi memegang watak Maya Akhtar yang ganas dan jadi pembunuh. Jadi kita sama-sama lah saksikan nanti filem Klip 3GP sama ada akan di terima atau pun di kritik oleh penonton dengan babaknya yang ganas dan ada sedikit berunsur lucah. Filem ini dijangka akan berada di pawagam pada 13 Oktober 2011.

Sinopsis Filem Klip 3GP
Filem Klip 3GP ditulis oleh Sofea Aliza menggabungkan empat penceritaan yang mempunyai kisah tersendiri. Kisah pertama mengenai Eddie yang mengecapi kejayaan perniagaan internetnya pada usia seawal 20-an. Kisah kedua pula mengenai Maya Akhtar, seorang wartawan yang komited terhadap kerjayanya, menjadi mangsa ugutan Sunny yang memiliki rakaman video hubungan sulit mereka.

Kisah ketiga pula mengenai Suria, Mina dan Zakiah, tiga gadis remaja yang dalam perjalanan untuk mencari hiburan hujung minggu di Kuala Lumpur. Tanpa disangka, malam itu menjadi satu peristiwa yang menyeramkan apabila mereka diburu makhluk mengerikan.

Manakala kisah terakhir mengenai Sandra, seorang pelajar yang menjadi mangsa deraan seksual oleh Jefri. Suatu hari, Sandra diperkosa beramai-ramai oleh geng motosikal yang dianggotai oleh Jefri dan abang kandung Sandra sendiri iaitu Burn. Kejadian perkosaan itu dirakamkan geng itu melalui kamera telefon bimbit Jefri.

Kehidupan watak yang berbeza ini akhirnya bersulam dan berkait melalui pembocoran klip 3GP mereka kepada masyarakat melalui internet dan dunia mereka bertembung dalam satu kemuncak yang dramatik.

Dalam filem Klip 3GP, Mimi One Nation Emcees adalah pelakonnya.Turut berlakon bersama mereka bekas anggota kumpulan terbabit, Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza (Kozae), selain itu Zahiril Adzim, Tasha Shila, Fikhree Abu Bakar, Adeline Anthony, Amanda Misbun, dan Sara Ali. OST bagi filem Klip 3GP ini adalah dari single terbaru One Nation Emcees yang berjudul Psiko.anizyn





2 ulasan:

saya_arief berkata...

ade ea movie name 3gp..
haha.
xtawu la pulak.
:D

Unknown berkata...

poster pun agk stylo~