Selasa, 2 Ogos 2011

Trailer dan Sinopsis Filem seram Al-Hijab-Bersedialah Bila Hijabmu Dibuka


Lagi filem seram. Di katakan filem ini adalah filem seram untuk tahun 2011. Ct  memang kurang tengok cerita seram ni, hati nak tengok, tapi penakut pula. Filem Karak pun belum habis tengok lagi. Seingat Ct cerita seram yang betul-betul Ct habis tengok ialah filem Khurafat, itu pun tengok ramai-ramai. Kelakarkan dah jadi emak orang pun penakut lagi.


Untuk filem Al-Hijab, ia adalah hasil tulisan dan arahan Pierre Andre. Manakala penerbitnya pula oleh Empat Semudera. Pelakon utamanya Pierre Andre, Nur Fathia dan Maimon Mutalib. Filem ini bakal menemui penonton di pawagam pada 6 Oktober 2011.

Sinopsis Filem Al-Hijab
Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.


Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.


Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu? 


Jeng..jeng..jeng tengok trailer filem Al-Hijab pula..





11 ulasan:

Afuan Shah berkata...

wow!!cam best ja ni...
seram!!
teringat kat skolah dulu ada seorang senior dah dibuka hijabnya..
tapi hanya dia tahu dia boleh nampak benda2 gitu, tp benda2 tu x tahu dia boleh nampak..jadi dia hidup normal ja lah ;)

Afuan Shah berkata...

jemput singgah

http://loadingmode.blogspot.com/2011/08/ehehawak-la.html

ct N honey berkata...

@Afuan Shah
ye ke..seram pula,jgnlah jadi cam tu,tak sanggup nak tgk

FaKArePa!n berkata...

x fham la.. camne nak buka hijab tu ?? hijab tu bukan ke tudung ??

khuza hasan berkata...

sgt2 xcited nk tengok cite ni..im t0tally horroholicks..hehehehee~:)

Unknown berkata...

aih!!hantu mulut senget,...
seramnya...

Jendela Hati berkata...

adehhhhh seramnyeee

Suzie berkata...

Tak suka juga cerita hantu ...tapi bila baca hijab ni ingat novel bagaikan puteri Ramlee awang murshid

ct N honey berkata...

@FaKArePa!n
utk yang ini, hijab tu bermaksud kita boleh melihat alam ghaib,setakat nampak hantu ni mereka dah biasa

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
ct tahu Pzai tak suka cite seram

ct N honey berkata...

@Suzie
cite pasal hantu juga ke?