Rabu, 21 September 2011

Elfira Loy di tayangan perdana lakonannya dalam filem Jepun-Second Chance & Festival Filem Jepun Ke-8 (JFF8)


PENAMPILAN Nurul Elfira Loy atau Elfira Loy, 17, dalam filem Jepun, Second Chance, bagaikan satu pengiktirafan besar kepada artis remaja itu sendiri dan pelakon Malaysia lain amnya.
Ia berkisar kepada kisah percintaan yang menampilkan lakonan mantap Suzuki Kyoka, Hasegawa Hiroki dan Fukada Kyoko. Dalam filem arahan Kurosaki Hiroshi itu, Elfira membawa peranan sebagai Rin, seorang jururawat. Penampilannya menerusi filem itu bagaimanapun tidak memerlukan dia berbahasa Jepun sebaliknya berdialog dalam bahasa Inggeris.
1 click & it's downloaded
Majlis pelancaran dan sidang media JFF8 berlangsung di GSC Pavilion Kuala Lumpur 13 September 2011 yang lalu dan disusuli tayangan perdana Second Chance. Apa yang menarik, tayangan perdana filem itu telah dilancarkan di Kuala Lumpur serentak dengan Festival Filem Jepun Ke-8 (JFF8) di Malaysia, yang berlangsung pada 15 hingga 20 September.

JFF8 bukan sekadar mempromosi budaya masyarakat Jepun ke Asia Tenggara, malah memberi peluang kepada peminat filem Negara Matahari Terbit ini menyaksikan pelbagai variasi filem menarik yang ditayangkan di rangkaian pawagam utama Golden Screen Cinema (GSC).
(Dari kiri) Pengarah Hiroshi Kurosaki, pelakon Hiroki Hasegawa,Kyoka Suzuki, Elfira Loy dan Toyoda Shoichi. Foto ini diambil pada"Pelancaran Festival Filem Jepun 2011", GSC Pavilion, Bukit Bintang KL, 13 September 2011.
Pelakon filem 'Second Chance' bersedia untuk tayangan perdana, bersama dengan peminat .
  Elfira Loy dan Hiroshi Kurosaki berjalan di  Red Carpet "Pelancaran Festival Filem Jepun 2011"   

“Like it, Push it.”

5 ulasan:

ayu jamal berkata...

ayu suka tgk budak ni..comel...n sgt berbakat kan

Belog Sambal Belacan berkata...

baca n3 d sini...

http://akutetapaku85.blogspot.com/

rafina mimi abdullah berkata...

bagus la orang2 jepun ni..cuba tengok tu..nak tengok filem pun siap ada bendera negara setiap sorang..bukan macam kat negara kita ni..hanya tau tengok filem je..kan?hehe :)

ct N honey berkata...

@ayu jamal
semua adik-beradik dia pandai berlakon

ct N honey berkata...

@Mrs.Yie
semangat kenegaraan mereka mmg tinggi respek kat mereka ni