Jumaat, 16 September 2011

Gambar bayi cedera ketika dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR)

Seorang bayi perempuan yang baru empat hari dilahirkan mengalami kecederaan serius di muka dan mata dipercayai akibat kecuaian doktor di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini ketika menyambut kelahiran bayi itu.

Difahamkan bayi sulung kepada pasangan suami isteri yang baru setahun berkahwin itu tidak dapat menyusu seperti biasa kerana luka di mulut sehingga pihak hospital terpaksa menggunakan peralatan khas untuk memberi susu kepada bayi terbabit yang kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonate (NICU) hospital berkenaan.
Ibrahim Umran, 23, berkata lebih menyedihkan sehingga sekarang pihak hospital masih gagal memberi penjelasan munasabah mengenai punca kecederaan bayinya itu, malah diherdik oleh doktor bertugas apabila beliau terus mendesak meminta penjelasan.
“Selepas menunggu kelahiran anak sulung dengan penuh debaran, dua jururawat wanita membawa keluar bayi dan saya sangat terkejut apabila mendapati bayi saya banyak lebam di bahagian muka. Hancur luluh hati saya apabila melihat anak sulung yang dilahirkan cedera sedangkan sepanjang tempoh kandungan, doktor mengesahkan bayi saya sempurna dan sihat. Doktor yang melihat bayi saya ada mengatakan kecederaan ini mungkin kerana terkena tangan ketika proses melahirkan bayi. Apa yang dikesalkan, apabila ditanya jururawat yang menyambut kelahiran bayi saya mengapa kejadian itu berlaku, mereka hanya menjawab tak tahu. Saya turut ditengking oleh doktor bertugas dengan mengatakan saya terlampau banyak bertanya serta tidak memikirkan masalah doktor yang terpaksa bekerja siang dan malam tanpa rehat mencukupi untuk merawat pesakit,” 
Isteri saya memberitahu doktor yang menyambut kelahiran anak kami ialah doktor perempuan dan masih muda tetapi sehingga sekarang saya belum dapat menemuinya untuk meminta penjelasan. katanya yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ditemui di sini, semalam.

Ibrahim berkata, ketika kejadian, beliau menunggu di luar bilik pembedahan bersalin sementara isterinya, Siti Aishah Abdullah, 23, menjalani pembedahan pada jam 10.15 malam, Isnin lalu.


Sementara itu, ketika dihubungi jurucakap hospital berkata pihaknya akan menyiasat kes berkenaan dengan mendapatkan maklumat dari bahagian bersalin sebelum memberikan ulasan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop pula berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenainya dan siasatan sedang dijalankan.

29 ulasan:

Unknown berkata...

Kesian pada bayi itu...
moga kelurga yang trlibat brsabar

Kumbang Jingga berkata...

aduh..sedehnya...nanti bila bayi tu besar nanti mesti ada parut sikit huhuhuh...doktor ni kena hati2..kalau bynk keje skali pun kena profesional dan bijak handle masalah

kak tie berkata...

kesiannya

Unknown berkata...

kesian baby 2..xptt doktor n nurse buat mcm 2....boleh kne saman nie...spttnye mreka mmbantu bkn mlpskn gram..da kje buat la kje 2...mcm 2 lah mnusia zmn skrg ..hurmmm =.=

Shazwan Azizan - wanblur berkata...

Tak tahu nak salah kan siapa sebab kita tak berada dalam Operation theater tue. Jadi, apa kah yg sebenarnya berlaku, hanya yg berada dalam OT jer tahu. Tak tahu nak komen apa.. Mungkin doctor itu dah try their best.. hurm...

semoga keluarga pasangan terbabit sabar dan minta penjelasan yg sebenarnya dari staff yg menyambut. itu yg sepattnya..

eva berkata...

sampai hati.. kesian betul bby tu.. huhu

puanbee berkata...

kalau diorang tk beritahu berita tk de lah siasatan ye ? kesian baby tu mulut pun bengkak..

nurshaf berkata...

harap2 baby ni ok, dan xde kesan semasa hidup dia nanti... =]

amranaiman berkata...

kenapa ni doktor?

nuurjana berkata...

ala sianyer.....:(

Unknown berkata...

Sedih smpai rase x sggup na ngk.. Klu ank sy, mmg hancur luluh rase hati.. :(

ct N honey berkata...

@Ice Cayakz
itulah yg mampu dibuat sekarang ni

ct N honey berkata...

@Kumbang Jingga
walau sesibuk manapun,tanggungjawab tu mesti ada,terutama yg melibatkan nyawa

ct N honey berkata...

@iejjah
kita percaya kat mereka,tapi cam ni pulak yg dibuatnya

ct N honey berkata...

@shazwanazizan / wanblur
kenalah tunggu jawapan dari pihak hptal,tapi klu dlm Ot tu mmg mereka aje yg tahu,ibunya dah tak sedar dah

ct N honey berkata...

@eva
mmg kesian,sampai tak boleh nak minum susu lagi

ct N honey berkata...

@puanbee
selalunya klu kes mcm ni,tak de yg salahnya,ada aje alasan yg mereka berikan...

ct N honey berkata...

@fiq.
kesian nanti,klu ada parutkan.

ct N honey berkata...

@MissCt a.k.a MuqDeq
sapa yg nak jadi mcm ni, tak sanggup rasanya,bkn senang mengandung, bila dah lahir mcm ni pula

Woofer Storm berkata...

ciannya..haraplah tak meninggalkan kecacatan kekal kat bayi tu,nti ada plak perasan rendah diri ni..salam kenal..follow sni^^

Unknown berkata...

Ya Allah, luluhnya hati tengok gambar bb tu :(

BabyIntan’s latest n3:
Cik Kebaya Yg Comei Omei!

reyna berkata...

lah kesiannya ,,,kesian bby tuh,,apa nih doc ,,len kali hati2 ler ,,

azah sofi berkata...

x patut la dorang ckp n bgi layanan mcm tu..krna nila setitik t rosak susu sebelnga..huhuhu..

Tanpa Nama berkata...

cyan babay neyh~ hope cepat sembuh~ amin

Hani Mansor berkata...

ksian gile doe kat baby ni
moga daia slmt
amin~

ct N honey berkata...

@Woofer Storm
hrpnya cam tu lah,dah follow juga ye

ct N honey berkata...

@BabyIntan
wlupun bkn bby kita,tapi bila tgk gambar ni kita pun sedih

Unknown berkata...

sedihnya..1st time dengar ada kes macam ni..

miss inche berkata...

doctor bodoh!!!! makan gaji bute ke?? belajar tinggi2 tapi otak xde..