Sabtu, 17 September 2011

Gambar dan video kapal terbang terhempas di Nevada, Amerika Syarikat(3 maut, 56 parah)

RENO (Nevada). Sebuah pesawat pejuang lama era Perang Dunia Kedua merempuh pentas utama ketika berlangsungnya satu pertunjukan udara terkenal di sini, mengorbankan sekurang-kurangnya tiga penonton, manakala lebih 56 lagi parah.

Nahas yang disifatkan amat ngeri itu berlaku ketika pesawat yang dipandu juruterbang berusia 74 tahun itu tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh pentas utama dengan pesawat bersepai.
Mayat bergelimpangan di kawasan nahas dengan orang ramai memberi bantuan kepada mangsa yang masih bernyawa.
Seorang penonton setia selama 16 tahun menyaksikan pertunjukkan udara itu, Maureen Higgins dari Alabama, berkata ketika kejadian juruterbang terbabit dalam pusingan ketiga pertunjukkan sebelum hilang kawalan.

Beliau duduk kira-kira 30 meters dari tempat nahas dan melihat kejadian ngeri itu termasuk seorang penonton terkena serpihan pesawat dengan darah menyembur dari kepalanya.
                       

“Saya lihat beberapa bahagian badan bersepai sehingga anda tidak percaya apa yang berlaku. Saya kutip tangan dan kaki salah seorang mangsa," katanya.
Antara yang terbunuh ialah juruterbang Jimmy Leeward, 74, dari Florida, yang juga pemilik pesawat P-51 Mustang fighter atau digelar sebagai “Galloping Ghost”.

3 ulasan:

NzA berkata...

sungguh ngeri.

WS berkata...

successful support ...visit back :)

HAFIZAL berkata...

perh ngeri tul....bersepai