Jumaat, 30 September 2011

Gambar majlis pernikahan Nabil Raja Lawak dan Nazirah Ayub di Putrajaya

Ahmad Nabil Ahmad, 28 telah selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya Nazirah Ayub, 23 pada 30 September 2011 di Masjid Sultan Mizan @ Masjid Besi,Presint 3,Putrajaya selepas solat Jumaat petang tadi.

Nazirah menerima mas kahwin sebanyak RM300, termasuk hantaran berjumlah RM15k. Sementara pihak perempuan pula memberi 9 dulang hantaran dan berbalas 7 dulang dari pihak lelaki.














Pelamin Nabil Raja Lawak dan Nazirah di Masjid Sultan Mizan Putrajaya
         
 Hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzam, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran. Kesemua hantaran telah direka oleh Persada Embun.


Nanti update gambar yang cantik lagi ye.Gambar dari  rotikaya dan  ohbulan juga  shahrilfahmey

8 ulasan:

Missjajan berkata...

Cantiknye wife nabil. Semoga mereka berbahagia :)

Jendela Hati berkata...

seronok tgk nabil dah nikah, manis je muka dia tu. nazira cantek berseri sangat. Tahniah bil!

Suzie berkata...

bagai pinang dibelah 2...duit hantaran dengan mas kahwin pun biasa je tak ada macam nak menunjuk.... gubahan hantaran pun cantik.suka cincin dalam bunga ros tu romantik giler...

Elih Japahar berkata...

Semoga berkekalan !...benci dgn berita perceraian je..

FaKArePa!n berkata...

harap berbahagia ke akhir hayat..

Unknown berkata...

zara cantik la kan.. :)

Tanpa Nama berkata...

nabil comel!!congrats!!! :)

juanita berkata...

ppandai nabil pilih yer.
cantikssss