Selasa, 20 September 2011

Gejala Emo mula melanda remaja kini.(Siapa mereka ini? )


Sanggup kelar tangan, menjilat darah sendiri serta melakukan seks bebas merupakan antara perlakuan dan amalan sumbang pengikut-pengikut kumpulan yang dipanggil Emo yang mula dikesan menular di negara ini.
Difahamkan, kumpulan itu di negara ini biasanya dianggotai oleh remaja perempuan bermasalah terutama mereka yang sering tertekan kerana kesedihan, kekecewaan serta dihimpit kenangan buruk semasa kecil.
TheCube-Fenomena yang hangat sekarang ini



Kegiatan kumpulan itu ialah mengadakan pertemuan beramai-ramai di satu tempat dan mendengar muzik beberapa kumpulan yang membawa imej kumpulan Emo dari Barat antaranya, My Chemical Romance, Jimmy Eat World dan The Promise Ring dari Amerika Syarikat.

Sambil itu, mereka mula menghayati mesej membunuh diri berdasarkan lirik-lirik lagu berkenaan dan ada antara mereka mula mencederakan diri masing-masing dengan senjata tajam ketika mendengar lagu itu.

Antara lagu yang mempunyai unsur kepada perbuatan membunuh diri ialah yang bertajuk Welcome to the Black Parade nyayian kumpulan My Chemical Romance dari Amerika Syarikat dengan liriknya ‘And though you’re dead and gone, believe me your memory will carry on’ (Walaupun anda telah mati, percayalah saya, kenangan anda akan terus kekal).

Bagi lebih menjiwai suasana, ada antara mereka mengambil pelbagai jenis dadah terutama heroin, syabu dan ekstasi.

Ritual paling popular di kalangan mereka ialah mengelar tangan sendiri dan mati dalam keadaan perlahan-lahan dan ia berbeza dengan kumpulan songsang lain seperti gothic, black metal, Nazi, punk dan sebagainya.

Penampilan kumpulan Emo mudah dikenali kerana mereka biasanya memakai celak di mata, gaya rambut panjang dan berwarna menutupi sebahagian daripada wajah mereka selain berseluar ketat.

Pengarah Urusan Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal yang mendedahkan trend terbaharu remaja perempuan itu berkata, pengikut fanatik kumpulan Emo mendakwa mendapat kepuasan apabila mereka melakukan semua ritual tersebut.

“Mereka rasa puas terutama ketika mereka mengelar tangan dan menjilat darah sendiri termasuk melakukan semua perbuatan tidak berakhlak membuatkan diri mereka rasa begitu hebat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Satu lagi gejala anak remaja yang akan membuatkan ibu-bapa risau. Harap janganlah anak-anak kita terjebak dengan pebuatan yang sangat-sangat tidak bermoral ini.
Inilah masanya untuk berubah, temui Lisa Surihani, Aizat or Shaheizy Sam

14 ulasan:

Penyu berkata...

memacam pasal dunia skang. no wonder la anak-anak melayu suka benda camni. pengaruh semuanya.

KhairulZamanKhobin berkata...

ORANGPERLIS MENULIS (update):
: Kesalahan dalam filem HANTU BONCENG didedahkan


minta dijauhkan.... amin..

N'Craft berkata...

uihhh peliknya..xpasal2 mati xbermakna cmtu.mcm2 la zaman sekarang.

Suzie berkata...

Budak2 skrg suka sangat mengikut...yang baik tak nak ikut pula

Nur berkata...

Mintak dijauhkan dari anak-anak kita.

FaKArePa!n berkata...

emo la sangat..

Ceritera Anak Sampah berkata...

dulu~ i ske ikut dres up diorg. tp x buat kje2 bangang tuh.

ct N honey berkata...

@Penyu
budk2 sekarang suka mengikut,tapi tak tahu buruk baiknya

ct N honey berkata...

@*rainyscream*
trend sekarang mcm tu kot

ct N honey berkata...

@Suzie
selalunya benda yg x baik tu sedap dibuat

ct N honey berkata...

@Yati
hrp2 cam tu lah kan

ct N honey berkata...

@Ceritera Anak Sampah
eloklah dihentikan buat benda2 yg tak elok ni

ⒷⒽⒶⒾ ⒸⓄⓄⓁ berkata...

barat2~~

Unknown berkata...

straight to my opinion.. diorang ingat diorang hebat.. huhu.. sbnarnya, ada masalah mntal..