Isnin, 26 September 2011

Lif Terhempas:Wanita Hamil Patah Kaki

Seorang wanita hamil tujuh bulan patah kaki kanan selepas lif yang dinaikinya jatuh terhempas di pusat membeli belah Selayang Mall di sini, Ahad. Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang, mangsa Norazlina Mohd Yusoff, 25, bersama enam lagi ahli keluarganya dan beberapa individu lain menggunakan lif tersebut untuk turun dari tingkat empat ke tingkat paling bawah.
Norazlina berkata beliau sekeluarga masuk ke dalam lif itu dari tingkat empat kawasan parkir sebelum lif tersebut berhenti di tingkat tiga untuk mengambil penumpang yang merupakan satu keluarga dan tiba-tiba berhenti di tingkat 'G' (ground floor) tanpa pintu terbuka.
"Secara tiba-tiba lif tersebut naik semula ke tingkat satu sebelum terus menjunam ke tingkat paling bawah (lower ground). Ketika kejadian kira-kira 12 orang berada dalam lif termasuk keluarga saya yang terdiri dari suami, emak, nenek dan ahli keluarga lain dan ia berlaku sekelip mata...semua orang terjatuh dan keadaan menjadi huru-hara. Saya sendiri cuba menahan dari terjatuh bagi menyelamatkan bayi dalam kandungan dan akibatnya kaki kanan patah namun saya bersyukur bayi dalam kandungan selamat, malah anak saudara berusia 8 bulan yang dikendong suami turut selamat," kata Norazalina, seorang kerani swasta kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.
Beliau berkata kesemua mereka kemudiannya dikeluarkan oleh pengawal keselamatan bangunan itu dan orang ramai yang kebetulan berada di situ sebelum yang tercedera dikejarkan ke hospital tersebut.

Norazalina berkata mereka menunggu kira-kira 20 minit sebelum ambulans tiba dan ahli keluarganya yang cedera ringan seperti neneknya, mendapat rawatan pesakit luar di hospital itu.

Katanya, bagaimanapun mereka yang lain tidak mengalami kecederaan.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi berkata pihaknya tidak dimaklumkan dan tidak mendapat sebarang laporan berkenaan insiden itu dari pengurusan pusat membeli belah tersebut.

Beliau berkata pihaknya akan menghubungi pengurusan berkenaan sebelum menyiasat punca bagaimana lif tersebut terhempas - sama ada berlaku kecuaian atau faktor lain. mstar.com

14 ulasan:

nick dot anis berkata...

amin,syukur tak de pape yang berlaku..baby pon selamat:-)

Liza @ Adzriel AB berkata...

menakutkan sungguh... ngeri!

qaseh tia berkata...

ni yg aku takut nak naik lift ni..malang xberbau!

Unknown berkata...

alhamdulillah skurang2nya dia dan bayi dia selamat...

Kak Mahh berkata...

Ini menakutkan

Akak berkata...

akak akan pastikan bawa phone setiap kali naik lif

Jendela Hati berkata...

ish tak dpt bygkan lah jika berada dlm tu, ngeri wooo

ct N honey berkata...

@nick dot anis
dengarnya suami dia buat report,nak saman kot

ct N honey berkata...

@Liza @ Adzriel AB
mcm naik roller coaster pula bila baca

ct N honey berkata...

@Puan tia
naik apa pun, kalau dah malang tu,mmg tak tahu

ct N honey berkata...

@p!q4h b@guss
betul tu

ct N honey berkata...

@kak Mah
betul tu, senang nak call kalau ada kecemasan.

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
sbb tu klu boleh malas nak naik lif,tapi kalau dah nak pegi tingkat 4 tu kenalah guna lif,tak larat pulak nak menapak

ct N honey berkata...

@kak zmah
nasib baik ddk rmh teres,kalau rmh yg bertingkat byk tu,tiap2 hari kena naik lif..kenalah hati2