Ahad, 18 September 2011

Remaja hidup di dalam hutan selama lima tahun

Polis Jerman hari ini cuba merungkai misteri seorang remaja yang muncul di Berlin dan mendakwa hidup di dalam hutan selama lima tahun bersama bapanya yang sudah mati. Remaja itu berkata, selama ini dia dan bapanya hanya menggunakan khemah sementara untuk tidur sehingga bapanya meninggal dunia dua minggu lalu dan mengkebumikannya dalam kubur cetek sebelum berangkat untuk mencari bantuan.

Menurut laporan media Jerman, remaja lelaki berusia 18 tahun yang memperkenalkan dirinya sebagai Ray, bercakap dalam bahasa Inggeris dengan beberapa perkataan dalam Jerman serta tidak mengetahui asal usulnya.
Dia menuju ke utara dengan bantuan kompas tetapi tidak dapat mengenal pasti hutan tempat dia hidup bersama bapanya sejak ibunya meninggal dunia dalam kemalangan kereta.

Jurucakap polis berkata, mereka masih cuba untuk mengenal pasti remaja lelaki itu yang berada dalam keadaan sihat dan kini dalam jagaan khidmat sosial. dailymail
Mesti dia teringin nak makan Pizza Hut dan main Gamekan!

6 ulasan:

nabilfahmi91 berkata...

mak ai...biar beti budak ni,...

Akak berkata...

best agaknya duk dlm hutan

Add Remove Block berkata...

survival gitu ... :)

ct N honey berkata...

@Add Remove Block
jimat duit ddk dlm hutan

ct N honey berkata...

@Akak
dia ni pencinta alam kot

ct N honey berkata...

@nabilfahmi91
jgn x caya..5 tahun,lama tu

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/