Khamis, 27 Oktober 2011

Datuk Michelle Yeoh masuk politik


Datuk Michelle Yeoh, yang berlakon sebagai watak pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi, dikhabarkan akan menyertai politik Malaysia tidak lama lagi.
Menurut sumber, pelakon superstar Malaysia itu menimbang dengan serius untuk menyertai politik dalam pilihan raya umum yang akan datang di Malaysia. Namun penjelasan dari bekas gadis Bond ini belum dapat di pastikan lagi.

Tetapi ketika dihubungi, ibu bapanya - Datuk Yeoh Kian Geik dan Datin Janet Yeoh mereka menafikan tahu tentang cita-cita politik anak perempuan mereka.

"Saya tidak fikir dia akan melakukannya. Lagipun tidak pernah menyebut hal ini kepada saya, tetapi saya akan tanya dia."" Datuk Yeoh ayahnya berkata. Beliau juga merupakan seorang ahli politik yang dihormati di Ipoh, Perak. 

Datin Janet berkata sambil ketawa: "Saya telah mendengar berita dari kawan-kawan saya dan mendapati ianya lucu, saya tidak tahu bagaimana cerita itu muncul lagipun anak perempuan saya tidak pernah membincangkan hal politik dengan saya...."asiaone.com

1 ulasan:

Razil Tahir berkata...

ok ape...
huhuhuhu XD

HAK MILIK : http://cthoney.blogspot.com/