Jumaat, 28 Oktober 2011

Enam negeri diramal mengalami banjir besar

Enam negeri diramal mengalami banjir besar apabila Monsun Timur Laut yang membawa purata hujan 40 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu melanda negara ini mulai bulan depan.
Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah, Perlis dan Johor dijangka menerima hujan 400 hingga 800 milimeter sebulan pada November dan Disember ini. Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding paras purata yang boleh menyebabkan banjir iaitu 300 hingga 500 milimeter sebulan.

Menurut CHE GAYAH ISMAIL/TIMBALAN PENGARAH (RAMALAN) JABATAN METEOROLOGI
"Ramalan kita negeri-negeri yang mendapat lebih hujan pada bulan November dan Disember akan kita jangkakan banjir dululah contohnya Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu disebabkan hujan dijangka adalah melebihi 40% daripada biasa."

Kadar hujan dijangka lebih tinggi berpunca daripada fenomena La Nina. Dengan kelajuan angin Monsun Timur Laut diramal 40 hingga 60 kilometer sejam, Jabatan Meteorologi menasihatkan supaya semua aktiviti di laut dielakkan pada musim tengkujuh berkenaan.

Bagaimanapun, ramalan banjir besar itu tidak sama dengan Thailand yang berpunca daripada ribut tropika.

"Malaysia boleh dikatakan selamat daripada ancaman ribut tropika disebabkan keadaan georafi kita yang tidak menggalakkan pembentukan ribut tropika. Untuk kawasan kita takde, boleh dikatakan selamat."

Berikutan itu, Jabatan Meteorologi akan memberi maklumat perkembangan perubahan cuaca kepada umum dari semasa ke semasa. www.tv3.com


4 ulasan:

anamizu berkata...

mmg musim hujan je skg nih..
jage2 je la dgn banjir..



luv,
cik ana

FaKArePa!n berkata...

agak2 air bah dari Thailand smpai Malaysia x??

Unknown berkata...

monsun timur laut.. tengkujuh dah mai dah... alamak... johor pun masuk senarai... tak pe la.. at least sediakan payung sebelum hujan...

roha berkata...

takut....