Ahad, 2 Oktober 2011

Gambar terkini majlis resepsi Nabil dan Nazirah di I-City Shah Alam

Majlis resepsi Nabil dan Zira telah diadakan pada Ahad 2 Okt 2011 di I-City Shah Alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman. Majlis telah bermula pada pukul 8.00 malam tadi. Seramai lebih dari 2,000 orang telah menghadiri majlis resepsi tersebut.





Majlis sanding Nabil dan Zira di I-city Shah Alam
Nabil tak sudah dengan senyuman gembiranya (baca doa pun masih tersengeh lagi)

Kek perkahwinan Nabil dan Zira yang bertemakan Wonderland  (sayangnya nak makan,cantik)
Keadaan majlis resepsi Nabil dan Zira di I-city Shah Alam 
Pelamin Nabil dan Zira di I-city



Bercakap kepada media ketika majlis resepsi perkahwinan mereka yang berkonsepkan Fantasy Wonderland ini, Nabil mengakui apa yang di’ilhamkan sebelum ini menjadi satu kenyataan.

Di’soal tentang keseluruhan kos majlis perkahwinan mereka, Nabil tanpa berselindung berkata beliau mengeluarkan RM177,000 dari poket sendiri untuk merealisasikan impian perkahwinan mereka berdua.

“Kalau anda semua mahu perkahwinan sebegini, bersedialah untuk mengeluarkan wang sebanyak itu. Tetapi tidak mengapa, saya puas kerana gembirakan orang tersayang,” kata Nabil yang sentiasa mengusik Nazira sepanjang sidang media.

Nabil turut bercakap tentang perancangan selepas ini untuk kerjaya Nazira, beliau berkata beliau suka jika Nazira menjadi teman beliau untuk kerja tetapi lebih suka isteri kesayangan untuk tinggal di’rumah sahaja.

Selamat pengantin baru Nabil. You are the best bro
Pagi-pagi makan rotikaya best




Lagi gambar Nabil dan Zira di I-city dari  ohbulan
Ini memang vespa Nabil ke? Dari video save the date hingga ke resepsi ,motor yang sama aje




                           
Majlis resepsi Nabil dan Zira seperti di alam fantasi
Akhirnya Alice the wonderland muncul di majlis resepsi Nabil dan Zira



Baca suasana majlis resepsi Nabil dan Zira di I-city  Hati Nabil gundah
 MENGHIBURKAN...dari kiri Amyza, Didie dan Jep bergandingan sebagai pengacara majlis.
 DIRAI...pasangan pengantin muncul bersama menaiki vespa berwarna kuning.
 JACLYN VICTOR...turut bertindak sebagai pengapit pengantin.
Nabil turut meraikan ulang tahun kelahirannya ke-28 pada malam persandingan itu
                                           

11 ulasan:

FaKArePa!n berkata...

wah.. buat kat I- city.. glam hbis.. hehe

MalizaMah berkata...

jadi artis.. semua ditaja kan... seronoknyer....

RinnAzrinah berkata...

@NormaLiza Mah

ditaja erk?.. katanya keluarkan 'RM177,000 dari poket sendiri'...

Unknown berkata...

wah..cantiknya kek..

kaya nabil ye..

Golden Rose berkata...

lawanya nazirah...bertuah nazirah dpt suami yang sayangkannya

Unknown berkata...

fuyoohh... ini memang hebat, kuor duit poket sendiri.. jgn berhutang sudah..

kek tu memang cantik betui dekorasinya..

SueZ berkata...

best kan, semalam nk pergi tapi tak tau buka tak utk org awam.....hahahha....cantik kan...tp make up nabil tak cantik, nampak putih tompok 2...kihkihkih

Nur berkata...

Tema lain dari yang lain. :)

aliyaxxxx berkata...

tahniah nabil, semoga berkekalan, icity memang cantik.

Jendela Hati berkata...

ye la ct, menyengih je si nabil nie. suka sgt le tu. mak sy dh pesan kalu kuar dlm majalah mak soh beli hehehe

ct N honey berkata...

@Jendela Hati
bila ct buat entry nabil ni,mmg ct teringatkan Pzai,mesti nak tgk gambar kawin nabil dan zira