Selasa, 11 Oktober 2011

Majlis perkahwinan Yasmin Hani dan Shahrin Blackrose pada 21 Oktober 2011

Yasmin Hani yang sebelum ini merahsiakan tarikh perkahwinan beliau bulan ini akhirnya mendedahkan kepada para jemputan melalui kad undangan khas.
Kad undangan perkahwinan Yasmin Hani dan Shahrin Blackrose
Yang menariknya, kad undangan perkahwinan yang dihantar menggunakan setem yang ditempah khas dari Pos Malaysia dengan menggunakan gambar Yasmin Hani dan tunangnya Shahrin.
Setem ditempah khas oleh Yasmin Hani
Yasmin dan Shahrin akan melangsungkan majlis pernikahan dan persandingan di Duchess Place, Jalan Ampang dekat sini yang akan diadakan secara kecil-kecilan serta untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Hani akan mengayakan busana dari Qamilla untuk majlis pernikahan manakala bagi majlis persandingan dia akan mengayakan baju daripada pereka fesyen Hatta Dolmat.
majlis pernikahan dan perkahwinan Yasmin Hani di Duchess Place, Jalan Ampang 
Cerita terbaru Yasmin Hani, beliau sedang sibuk untuk  menguruskan badan untuk majlis bermaknanya nanti dan  berdebar bergelar isteri kepada Shahrin.

Alahai..pagi ni hujanlah sedap kalau makan  rotikaya dengan  Milo panas.


3 ulasan:

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ berkata...

tahniah.....

Jendela Hati berkata...

lor ct, tak sangka lak dgn shahrin blackrose nie... hmm jodoh kan..

cik ika berkata...

law da jodoh..:)