Isnin, 24 Oktober 2011

OST Filem Ombak Rindu-Hafiz feat Adira

Jalan cerita dan konfliknya agak melankolik dengan kisah perjalanan hidup dan percintaan yang disulam dengan emosi dan tragis dalam novel karya Fauziah Ashari yang dihasilkan kira-kira 12 tahun lalu, begitu menarik perhatian Tarantella untuk diadaptasikan.



Cerita yang membawa tema drama percintaan ini memulakan penggambarannya mulai pertengahan Julai tahun lalu, menggunakan lokasi sekitar Kuala Lumpur, Alor Setar, Yan, Kuala Kerpan, Langkawi, Padang Besar (Perlis) dan Danok (Thailand). Ombak Rindu yang ditangani Osman Ali ini, diterajui oleh Aaron Aziz sambil diapit dua aktres terkenal tanah air, Lisa Surihani dan Maya Karin. Akan menemui penonton dipawagam pada 1 Disember 2011.
Lirik Lagu OST Filem Ombak Rindu

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku






Sinopsis Filem ombak Rindu dan Trailer Filem Ombak Rindu

Satu lagi OST Ombak Rindu bertajuk Lara Lagi-Adira






3 ulasan:

Unknown berkata...

x saba nak nonton nih..novel die sgt best kn..hehe

Hakim Mahmud berkata...

HUHU...HEBAT DAH BLOG NI SKUNG..SEBAB MAIN SEO...TANIAH

Unknown berkata...

mencari2.. novel asal ombak rindu.. ade source untuk mendapatkannya?