Rabu, 26 Oktober 2011

Promo Telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang-Elfira Loy bersama Randy Pangalila

Elfira Loy 17, dan Randy Pangalila 20, telah digandingkan dalam satu Telefilem yang bertajuk Biar Mimpi Sampai Ke Bintang. Telefilem ini diterbitkan oleh Syarikat Cube Film milik pengarah Michael Ang.
Telefilem"Biar Mimpi Sampai Ke Bintang"
"Saya senang dan asyik sekali berlakon dengannya. Memang keserasian antara kami cepat wujud. Di Indonesia selalunya kalau digandingkan dengan bakat baru, keserasian itu lambat wujud dan sekaligus mewujudkan kesukaran. Tetapi berbeza sekali denga Elfira, dia memudahkan kerja lakonan saya", kata pelakon Cinta Kirana dan yang terbaru Nada Cinta yang disiarkan di Astro.

"Pada mulanya memang saya akui terbit rasa berdebar melihatnya di set penggambaran. Tapi sikap profesional dan dirinya yang tak berlagak memudahkan kerjasama terjalin. Insya-Allah, tiada aral kami akan berlakon sama lagi untuk drama Dalam Hati ada Taman hujung tahun ini", kata Wajah Eksklusif Astro itu yang baru muncul dengan filem Jepun berjudul Second Chance
Elfira Loy dan Randy Pangalila
Dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Randy memegang watak sebagai Andy,jejaka dari Indonesia yang datang ke Malaysia untuk mencari Alya (Elfira). Mereka berkenalan menerusi laman Facebook. Turut berlakon ialah Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora.
 Elfira Loy dan Randy Pangalila-Telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang




Saksikan BIAR MIMPI SAMPAI KE BINTANG 22hb Dec 9mlm di ASTRO RIA. Lakonan Randy Pangalila, Elfira Loy, Sharifah Sakina, Sharifah Shahora, Didie Alias dan Ezreen Loy

8 ulasan:

Nurrul Hazieqah berkata...

wahh ! macam menarik jer.. :)

Siti Nurazlinda berkata...

wahh ~ mesti tengok ni ! *peminat Randy -,-'

Unknown berkata...

budak ni ade bakal untuk pergi jauh dalam bidang lakonan... lawa... berbakat... i likkkkeeeee!!!!

Jendela Hati berkata...

skrg ni pun anak n mak sy suka tgk randy dlm nada cinta..

FaKArePa!n berkata...

feewit..

nick dot anis berkata...

suka elfira ni cantikk

Tanpa Nama berkata...

suka tgk randy berlakon ! ^_^
tapi lagi best tgk randy berlakon dgn mikha tambayong , diorang sweet sngat sangat !

Tanpa Nama berkata...

saya suka mana sinetron cerita atau apa jew randy pangalila berlakon i love randy pangalila