Rabu, 5 Oktober 2011

Tahniah Ana Dahlia dan Chef Riz bertunang hari ini

Tahniah buat pelakon Ana Dahlia,28, dan anak Datuk Chef Wan iaitu Mohd Nadzri atau Chef Riz,30, yang  bertunang pada hari ini, 5 Oktober 2011. Majlis akan di jadualkan berlangsung pada tengahari ini di kediaman Ana Dahlia di Batu 8 Changkat Jering, Taiping, Perak. Hubungan pasangan itu juga telah mendapat restu Chef Wan.


Kata Chef Wan Ana Dahlia itu janda ataupun tidak, dia tak kisah. Yang penting dia nak tengok anak-anaknya bahagia dengan pilihan masing-masing.
Sebelum ini Chef Wan ingin mengadakan majlis Chef Riz berkonsepkan ala-ala barat, tetapi atas permintaan ibu Chef Wan sendiri majlis pernikahan mereka itu mungkin diadakan dalam suasana kampung di Sungai Koyan, Raub, Pahang iaitu tempat Chef Wan dibesarkan. Sebanyak 5 dulang hantaran dan sebentuk cincin telah di bawa sebagai tanda ikatan dari Chef Riz. Majlis resepsi sebelah lelaki akan di adakan pada 18 Disember 2011, seminggu selepas majlis pihak perempuan di langsungkan.
Beruntungnya Ana Dahlia, walaupun bergelar janda tetapi hatinya berjaya dicuri oleh seorang anak teruna. Offer limited to the first 1,500 customers, better hurry

Gambar sekitar majlis pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

knp sy tak eknal ana dahlia ni>? berlakon citer aper yerk?

http://www.suezdairy.blogspot.com/

Golden Rose berkata...

tahniah....betuah ye ana dahlia

Nur berkata...

Janda pun macam anak dara. Anak dara sekarang ramai macam mak orang. :D

KR Photography berkata...

untuk gambar penuh sila ke : https://www.facebook.com/pages/Kabus-Ribut-Photography/165224206883532

Jendela Hati berkata...

tahniah...